Saturday, September 27, 2014
Wednesday, September 24, 2014
Apek Ini Hanya Naik MRT, Berpakain Seperti Biasa Sehingga Sebuah Akhbar Dedahkan Identitinya
APEK tua ni hanyalah antara ribuan pengguna MRT setiap pagi di Singapura. Tak ramai yang cam atau kenal siapakah apek ini hinggalah baru-baru ini akhbar republik itu mendedahkan identitinya.
‘Apek’ yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah Lim Siong Guan. Lim untuk pengetahuan anda adalah orang nombor satu di negara itu yang ditugaskan untuk mentadbir pelaburan dan khazanah Singapura.
Jawatan yang disandangnya adalah Group President of Singapore Sovereign Wealth Fund GIC, atau kalau diterjemahkan ke Bahasa Melayu – Presiden Kumpulan Pertubuhan Pelaburan Pemerintah Singapura.
Punyalah ‘humble’ dan ‘sempoy’ Lim ni, beg duit dia pun tak pernah berganti sejak 10 tahun lalu, siap ada sticker yang cucu-cucunya lekat. Di pejabat, perkara ‘kecil’ seperti melekatkan setem pun akan dilakukannya sendiri tanpa mengharapkan budak pejabat.
Rutin kerja Lim adalah – empat hari di Singapura, San Francisco, New York, London, Singapura; dan empat hari lagi pusing Asia: Singapura, Mumbai, Tokyo, Seoul, Beijing, Shanghai, Singapura.
Lim juga menolak untuk diberikan limosin sesuai dengan kedudukannya, cukuplah sekadar tuala kecil untuk dia membersihkan diri ketika berada di mana-mana negara yang beliau singgah.
Berusia 67 tahun, Lim digelar ‘Superman’ kerana kesungguhan beliau menjalankan tanggungjawabnya walaupun sudah layak pencen dan duduk di rumah. Soalan yang paling kerap beliau tanyakan pada pekerjanya adalah – ” Ada tak perkara yang boleh saya bantu untuk membolehkan anda melakukan tugas dengan lebih baik? ”
Agak-agak ada tak mana-mana CEO GLC kat Malaysia ni yang bersikap seperti mana yang ditunjukkan Lim?
Sumber: http://lmmerah.blogspot.com/2014/09/apek-ini-hanya-naik-mrt-berpakain.html?m=1
Monday, September 22, 2014
Sandakan
Hotel Sandakan, Front View |
Hotel Sandakan, Side View |
Bandar Sandakan pukul 9 malam |
Sepi saja, tak banyak aktiviti di malam hari. Lebih kurang pukul 9 malam. |
Shopping complex kat bandar Sandakan. Harbour Mall. Paling besar kat sini. |
Nun jauh di tepi pantai penuh gerai2 makan. Memang meriah kat area sini. Adalah lebih kurang 100 meter panjang deretan kedai makan. Macam2 jenis hidangan. dari fast food hinggalah ke seafood. |
Loby Hotel Sandakan. |
Banner yang menarik. Belum pernah lagi jumpa hotel kat tempat lain ada banner macam ni. |
Ini lagi la. Selalunya durian sahaja jadi mangsa tapi kat sini siap dengan haiwan laut hotel tak bagi bawa masuk bilik. Maklumlah Sandakan memang terkenal dengan kemeriahan makanan lautnya. |
Kejadian lif tersangkut di pagi hari. Disebabkan bekalan elektrik terputus. Mau dekat sejam dia orang terperangkap di dalam. Last, dapat dibuka dari tingkat 1. Selamat 2 orang lelaki, peserta kursus ntah dari mana tak tahu. |
Lunch kat Pasar Sim Sim. Makanan dia memang best. Kebanyakkan ikan bakar, harga memang berpatutuan murah. Yang paling menarik adalah cili dia, memang MELETOP habis. |
Ini pulak dinner kat Restoran Sim Sim 88 kat bandar Sandakan juga. Semestinya halal. Restoran milik orang cina. |
Laluan menuju ke restoran. Kena lalu ikut rumah2 di atas laut. Tapi waktu ini air tengah surut. |
Di hujung depan sana adalah jalan masuk. Kiri kanan adalah rumah orang. Tengok tu siap ada air-cond lagi. |
Antara makanan yang kami order. Ikan kerapu, ketam, udang, sotong, sayur kailan, siput (tak pasti nama apa tapi memang sedap), ikan bakar ntah apa namanya, dah lupa. Jumlah keseluruhan utk 8 orang makan = RM400. |
Ketam masak sweet sour. Pergh memang terangkat. |
Kerapu masak stim. |
Pasar basah Sandakan. Terletak di belakang Harbour Mall. |
Macam2 ikan kering ada dijual. Harga memang murah gila... |
Airport Sandakan yang sedang dalam renovation. Kurang selesa sikit. panas dan banyak habuk. |
Banyak orang duduk di luar, udara lebih segar dan nyaman. |
Tengah menunggu member. |
Cara Beli Kereta Tunai
Keperluan : Perlu kereta untuk kerja
Batasan : Nak kumpul duit cukup sampai tua tak beli kereta
Solusi biasa : Pinjam Bank
Harga Kereta : RM40,000 - D/P RM4000 - bulanan RM438.33 Interest : 3.5% Tempoh : 9 Tahun
Keuntungan Bank : RM11,339.64 (lebih tinggi jika buat ZERO d/p dan ini tidak termasuk jika selalu kena penalti bayaran lewat)
Documentation Pembelian : RM4000 (Bank, Agreement, Insurance, JPJ yang semua ini biasa car dealer tak benarkan kita buat sendiri kecuali menggunakan runner mereka dengan rate yang telah mereka tetapkan...kita sain jer, lepas tu kita juga kena bayar bulan-bulan).
Jumlah EXTRA yang perlu dibayar kerana buat loan : RM25,339.64
Kita nak buat begini
Harga kereta : RM40,000 (RM38,000 - biasa boleh nego kalau tunai)
Bayaran : RM38,000
Untung bank : ZERO
Masalah biasanya ialah susah orang nak tunggu kerana kereta sangat perlu untuk pergi dan balik kerja. Mari saya cadangkan satu cara yang pernah berjaya dibuat oleh mereka yang pernah datang meminta nasihat sebelum ini (kita panggil beliau "Najib" - fresh graduate yang bekerja dengan swasta).
Anda target untuk memiliki sebuah Perodua Myvi berharga RM40,000 atau yang setaranya.
Misi : Kumpul duit RM40,000
Tapi : Perlu kereta segera
Kumpul RM4,000 dan mula dari situ. Dengan RM4000 itu boleh bayar downpayment HUTANG kereta baru ATAU dengan RM4000 itu boleh dapatkan sebuah Perodua Kelisa / Kancil yang berusia lebih 12 tahun. Masa ini biasanya bank sudah tak bagi finance kereta seumur itu dan harganya akan drop serendah-rendahnya kerana sasaran hanya kepada pembeli tunai. RM4000 boleh dapatkan sebuah kereta Kancil yang sangat mungkin kosmetiknya kurang tapi kerosakannya mungkin kurang.
Najib pilih ikuti nasihat untuk beli sebuah Perodua Kancil EX660 yang masih berkeadaan baik dengan harga RM3500 (Sebenarnya Proton Wira pun boleh dapat harga begitu...cuba cari di Mudah.My dan pastikan kita tak silap pilih kereta bermasalah). Pilih model yang spare-part dan repair murah dan kalau lebih baik dapatkan kereta yang dalam kondisi terjaga. Sekarang, untuk tujuan pergi dan balik kerja sudah tercapai. Yang tak tercapai ialah tiap-tiap raya tak boleh nak eksyen dengan bekas gelfren kononnya nak tunjukkan "achievement". Tahap ni, kena sabar sikit kerana kawan-kawan sebaya termasuk junior sekolah pun dah mula tayang Honda City mereka (hutang) bayar tempoh maksimum.
TETAPI walaupun tiada komitmen bulanan, Najib dinasihatkan untuk membuat tabungan sebanyak RM450 sebulan di dalam pelaburan koperasi yang menguntungkan. Kalau beli kereta baru pun, RM450 juga akan bayar bulan-bulan...anggaplah macam beli kereta dengan loan cuma RM450 kita laburkan bukan bayarkan loan. Dalam kes ini, Najib saya sarankan untuk melabur dalam KPF (Koperasi Permodalan Felda) kerana beliau juga anak Peneroka. Untuk pengetahuan, KPF bayar dividen sangat tinggi juga (selain itu dengarnya Koperasi Angkatan Tentera juga tinggi pulangannya). Jika tidak, paling teruk pun boleh masukkan dalam ASB atau Tabung Haji dengan kadar dividen yang "not bad" lah...jangan simpan dalam akaun simpanan yang ada ATM dan kemudian susah nak disiplinkan diri. Boleh juga cari prospek pelaburan lain yang mungkin lebih baik seperti emas, unit amanah, bon dan lain-lain, cuba intai-intai perunding kewangan yang terbukti rekodnya (saya cadangkan perunding dari The Millionaire Sister Group)
RM450 x 89 bulan = RM40,050
Apabila disekalikan dengan dividen pelaburan, tempoh 89 bulan itu boleh dikurangkan sehingga 70 bulan ataupun pada tempoh yang sama boleh dapat sampai RM55k-60k
Untuk kes Najib, beliau dapat disiplinkan diri untuk menyimpan RM450 dan dilabur dalam prospek pelaburan yang cerdik. Bulan ke 70 sahaja, beliau dah ada RM40k (kira-kira 5 tahun lebih). Mari kita mula kira
Dalam simpanan : RM40,000
Harga Perodua Kancil lama : RM2000
Tempoh tahan sabar kerana tak macho : 70 bulan
Ok, asalnya beliau nak beli sebuah kereta MyVi baru RM40k kan? Tapi selepas beliau dah ada kuasa tunai, beliau dapat beli sebuah Honda CRV terpakai yang masih dalam kondisi "Nora Danish" (cun) dan mempunyai maintenance yang rendah serta trade-in value yang tinggi dengan apa yang beliau ada. Disebabkan pembelian secara tunai, sebuah kereta Honda CRV dengan harga buka RM55k boleh tawar sampai harga RM45,000.
Sekarang, Najib sedang mencarum semula dalam dana keretanya sebanyak RM600 sebulan. Dalam tempoh 7 tahun akan datang, Najib boleh memiliki sebuah Mercedes S320 terpakai dengan harga RM100k (harga beli baru RM800k). Ada cara lebih baik jika masih sabar, beli sahaja kereta pada nilaian RM20-30k dan selebihnya teruskan mencarum untuk pelaburan dan lebarkan prospek pelaburan yang ada. Macam orang tanam pokok yang dah berbuah, nak ambil buah jangan tebang pokok tu, trim sikit sudahlah...and let the money work for you.
Kita tak perlu jadi penganalisis ekonomi untuk jadikan kita bijak. Kita cuma perlu BERPUASA sedikit. 7 tahun sahaja orang rasa tak cool bawa kereta cabuk. Lepas 7 tahun...kawan yang pakai Hondai City tu masih terkial-kial bayar bulanan. Awak dah bawa kereta lebih tinggi statusnya secara TUNAI.
Boleh cuba sekarang. Saya tahu kerana saya pernah jadi orang bodoh yang rakus mahukan impresi orang dengan kereta baru yang HUTANG dan dari situ saya belajar...untuk BERPUASA dan beli kereta bukan untuk tayang pada orang lalu saya mampu bebas dari hutang kereta. Saya juga pernah berkata, kenapalah aku bodoh sangat kerana tidak tahu perkara ini dari zaman muda dahulu lagi.
Jaguar S-Type (muka jongos) pada zaman kegemilangannya pada tahun 2001 dahulu berharga sekitar RM800k dan hanya RM50k pada hari ini. Orang tetap lihat...itu ialah Jaguar. Bawa Jaguar baru RM800k dan Jaguar terpakai RM50k jenamanya tetap sama. Pak Bilal yang taknak kahwinkan anaknya kepada kamu kerana kamu pakai Kancil 660 pun tak tahu beza harga Jaguar baru dan 2nd hand pun.
Beli kereta untuk keperluan...jangan bayar lebih untuk puaskan hati sendiri dengan sakitkan mata dan hati orang lain yang melihat. Lagi satu, orang kata kalau beli kereta tunai nanti income tax cari...jangan takut pasal perkara ini jika anda bukan jenis orang lari dari cukai. Cukai hanya kutip berdasarkan pendapatan kita dan bukan kerana kita beli kereta tunai.
Sekian tips kewangan dari kisah sendiri. Ini SEKADAR TIPS dari saya dan saya pasti ada ribuan tips lain yang lebih baik. ALASAN TETAP ADA UNTUK TIDAK MELAKUKANNYA DAN ITU SEMUA PILIHAN ANDA. Tidak ada paksaan dan satu statement mengatakan apa yang saya tips kan ini satu ketetapan negara...maka, tak perlu beri alasan sangat kepada saya. Saya tak perlu pun dengar alasan untuk mengubah apa yang telah berjaya dilakukan (past-tense dah)
Selamat mencuba.
Sila share supaya anda dibenci oleh bank-bank. Takpe biar bank benci anda tak mengapa, jika kereta anda rosak...bukan bank datang tolong pun.
SAIFUL NANG
Street Learner
* Pengiraan di atas bukan figure tepat tetapi sekadar anggaran untuk menunjukkan idea merancang kewangan sahaja. Harap tiada yang mempersoalkan matematiknya
sumber: http://iniblogberita.blogspot.com/2014/09/cara-beli-kereta-tunai.html?m=1
Saturday, September 6, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)