Saturday, August 30, 2014

Kek Lapis Sarawak

1. Lokasi: Central Market Sibu.
2. Harga: Munasabah. 1 roll RM10.
3. Rasa: Terbaik.
Banyak pilihan. Ada sample boleh rasa dulu baru beli.
Nama canggih2.

Buah Dabai

1. Buah dabai dikatakan hanya terdapat di Sarawak dan merupakan buah bermusim.
2. Dijual dalam pelbagai harga dari RM5 - RM30 sekilo bergantung kepada kualiti dan musim.
3. Enak dimakan dengan nasi panas.
4. Cara menyediakan buah dabai;
- rendam dalam air suam sehingga kulit menjadi lembut (anggaran dalam 10 - 15 minit)
- toskan dan siram dengan kicap.
- taburkan gula putih.
- sedia dihidang.
5. Buah dabai boleh disimpan paling lama sehingga 3 hari. Paling elok dimakan selepas dipetik.
6. Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk.
7. Jangan dedahkan buah dabai di tempat yang bersuhu panas kerana akan menyebabkan buah rosak dan cepat masak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...