Sunday, July 17, 2011

Nora Elena

Nora Elena
Tajuk: Nora Elena
Pengarah: M. Nazir Juhan
Skrip: Maizura Mohd Ideris
Pelakon: Aaron Aziz (Seth Tan), Siti Saleha (Nora Elena), Wan Sharmila (Yvonne), Zul Ariffin (Saiful Idham), Erry Putra (Inspektor Amir) dan Puteri Fateen (Adila)
Terbitan: Asia Media Content
Kategori: Drama
Episod: 24 episod

Sinopsis
Sebuah kisah yang diadaptasikan dari novel karangan Meen Zulaikha, Kasih Yang Suci. Mengisahkan seorang wanita bernama Nora Elena yang hidup dibayangi kisah silam yang amat pahit. Kejadian dia dirogol 10 tahun yang lalu menjadikan Nora Elena seorang yang sangat membenci lelaki. Seth pula seorang lelaki yang berjaya di dalam perniagaan tetapi hidup dengan penuh penyesalan. Pertemuan mereka berdua menjadikan cerita Nora Elena penuh drama. Saksikan bagaimana kisah silam masing-masing mempengaruhi kehidupan mereka sekarang.

P/S: Saya tak nak bagi lebih terperinci kerana nanti tak best anda nak layan cerita ini. Tak suspense la hehehe...

Trailler



Adegan Tak Jadi
Part 1


Part 2


Kesilapan Yang Kita Tak Perasan


Ulasan
Drama ini memang best. Sama best dengan drama Adam Maya. Padat dengan mesej dan jalan cerita yang cukup teratur. Pelakon semuanya berbakap terutama watak Seth Tan (Aaron Aziz) dan Nora Elena (Siti Saleha). Banyak babak yang memberi kesan kepada penonton, sedih, gembira dan marah.

Kepada yang belum dan ingin menonton lagi, bolehlah download semua episod di >>> sini <<<. Pilih download dengan Mediafire. Kualiti "download"nya terbaik.

Moral
Kisah Nora Elena bukan sahaja sekadar hiburan tetapi penuh dengan mesej yang bermoral antaranya:

1. Tetapkan matlamat hidup. Seperti Seth meletakkan gambar Nora di atas meja dan melihatnya setiap hari serta berusaha mencarinya. Mencari Nora adalah matlamat hidup Seth.

2. Fokus pada apa yang kita lakukan dan jangan biarkan perkara lain menghalang. Anda akan jadi seperti Eid bilamana sedang dia berusaha untuk maju di dalam kerjaya, dalam pada masa yang sama menghadapi konflik dengan Elena, tunangnya. Ini mengganggu kerjaya Eid dan juga hubungannya dengan Elena. Akhirnya, dua-dua pun Eid tak dapat.

Jikalau kita sedang berusaha di dalam sesuatu perkara, selesaikan dulu hal lain, seperti perkahwinan atau pun tangguh sehingga kita berjaya capai apa yang kita impikan. Fokus pada satu-satu perkara pada satu-satu masa.

3. Cari mentor untuk dijadikan idola supaya kita ada arah tuju dan panduan dalam mencapai kejayaan. Seperti Eid menjadikan Seth sebagai mentor.

4. Bagi perempuan, pilihlah lelaki yang lebih menyayangi anda dan bukannya anda yang lebih menyayangi mereka sebagai pasangan hidup. Hati kita boleh dididik tetapi hati orang belum tahu lagi. Itulah yang nasihatkan oleh ibu Nora kepadanya sebelum Nora membuat keputusan menerima lamaran Seth dan akhirnya ternyata nasihat itu memang betul bila Nora membuka hatinya kepada Seth.

5. Sentiasa sabar dalam apa juga keadaan. Seth langsung tidak marah walaupun Nora melayannya dengan layanan yang begitu teruk sekali. Perlu diingat juga bahawa Seth sangat menyayangi Nora, masakan dia nak naik angin kan?

6. Menjadi bebas kewangan harus dijadikan matlamat semua orang. Ini dimiliki oleh Seth. Kemana sahaja dia hendak pergi dan apa sahaja yang dia mahukan, semuanya dapat dipenuhi dengan begitu mudah kerana Seth merupakan seorang yang banyak duit (kaya raya).

7. Jadilah seorang sahabat yang sejati. Sahabat sejati sanggup bersama-sama kita dalam apa jua keadaan. Begitulah persahabatan antara Malek dan Eid, Seth dan Yvonne, Nora dan Adila serta Seth dan Amir.

8. Berdepan dengan masalah walaupun pahit. Jangan lari daripada masalah. Masalah tidak akan selesai selagi kita melarikan diri. Seperti Nora berdepan dengan semua masalahnya terutama konflik dengan Eid.

9. Sentiasa beri peluang kedua untuk seseorang yang telah melakukan kesalahan. Mereka berhak memperolehnya. Nora telah berikan Seth peluang kedua dan mereka bahagia akhirnya.

10. Memaafkan dan melupakan kisah silam. Memaafkan orang lain dan diri sendiri serta melupakan kisah silam akan membolehkan kita teruskan hidup dengan lebih bahagia dan ceria. Seperti Nora memaafkan Seth.

11. Jangan hanya dengar sesuatu berita dan bertindak. Selidik dahulu kebenarannya. Begitulah juga dengan apa yang terjadi kepada Eid, Seth dan Nora. Gara-gara kebencian Yvonne yang mereka-reka cerita untuk melagakan mereka, akhirnya hancur persahabatan dan bergoyang rumahtangga. Hati-hati dengan setiap berita yang kita terima.

12. Jadilah seorang pendengar yang setia kepada pasangan anda. Dengarlah segala luahan dan masalah mereka sehingga habis. Jangan mencelah dan jangan meninggalkan mereka terpingga-pingga. Kalau tak, anda akan jadi seperti Eid yang selalu tidak mahu mendengar luahan Elena sehinggakan membawa kepada penyesalan seumur hidup apabila Elena terpaksa meninggalkan Eid.

13. What you give, you get back. Hukum alam yang pasti terjadi. Seth telah memberi sepenuh hati untuk menyintai Nora, akhirnya dia mendapat cinta sejati dari Nora, isterinya. Yvonne mengucar-kacirkan hidup orang, akhirnya ditangkap polis atas kesalahannya. Seth membiayai kos guaman Nila walaupun suami Nila, Khairul, membatalkan kontrak dengan syarikat Seth bernilai RM2 juta, akhirnya Seth mendapat kontrak dari client lain bernilai RM4 juta. Begitulah benarnya hukum alam.

[Sumber: perekacerita.com, Asia Media Content]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...