Thursday, December 11, 2014
Saturday, December 6, 2014
Thursday, November 27, 2014
Monday, November 24, 2014
Kereta Mayat: Orang islam pun ada yang jahat?.
Kereta Mayat: Orang islam pun ada yang jahat?.: (Di Tembak Taliban kerana pergi sekolah-Inilah Kisahku) Ada orang tanya aku, ISIS ni jahat ke baik? Aku cakap, bila orang islam bunuh o...
Tuesday, November 11, 2014
Monday, November 10, 2014
Saturday, November 8, 2014
Wednesday, November 5, 2014
Cerita Lawak: Cerita Ngeri
Cerita Lawak: Cerita Ngeri: Cerita Lawak Ngeri Gambar hiasan... Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil p...
PETUA SEHARIAN: Tabiat Yang Merosakkan Otak
PETUA SEHARIAN: Tabiat Yang Merosakkan Otak: 10 TABIAT YANG MEROSAKKAN OTAK 1. Tidak mengambil sarapan pagi . Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam da...
Tuesday, November 4, 2014
Monday, October 27, 2014
Thursday, October 23, 2014
Ujian Saringan HIV Bakal Pengantin
1. Buat dekat Poliklinik Komuniti Kelana Jaya.
(Gambar ehsan google) |
3. Pergi ke Kaunter 1. Beritahu nak buat ujian saringan HIV.
Kaunter 1 yang sebelah kiri sekali. Tak nampak dalam gambar. (Gambar ehsan google) |
5. Borang akan diberi untuk diisi berserta no. giliran.
6. Isi semua borang termasuk yang warna hijau.
7. Cari la tempat kosong yang sesuai untuk anda isi borang.
8. Jangan lupa bawa pen sendiri. Senang nanti.
9. Habis isi borang, hantar balik kepada petugas kaunter 1.
10. Tunggu untuk no. anda dipanggil.
11. Buat bayaran RM1.
12. Perugas akan arahkan anda pergi ke bilik no. 18.
13. Pergi sana dan letakkan semua borang yang ada di tangan dalam peti sebelah kanan depan pintu bilik no. 18.
14. Tunggu nama anda dipanggil oleh petugas.
15. Bersedia untuk dicucuk jarum jari telunjuk kiri.
Petugas siap beritahu lagi, "Saya nak cucuk jarum ye". Dia takut kita terkejut nanti. Time saya hari tu semua petugas adalah lelaki. (Gambar ehsan google) |
17. Memang lebih kurang 30 minit keputusan keluar.
18. Ambil salinan borang (warna biru) untuk dikepilkan bersama Borang Kebenaran Nikah nanti.
Contoh salinan borang. Yang saya punya warna biru. (Gambar ehsan google) |
19. Masa dihabiskan di klinik lebih kurang 1jam 30 minit.
Tuesday, October 21, 2014
Tip menjaga keputihan gigi
http://www.tawaunetwork.com/2014/10/tips-bagi-menjaga-keputihan-gigi.html?m=1
Monday, October 20, 2014
Jadual Waktu Sistem Badan Manusia
Waktu Pagi
3:00 am – 5:00 am
Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.
Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.
5:00 am – 7:00 am
Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit.
Jika menbuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, Masalah kegugupan boleh dihindarkan.
Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit.
Jika menbuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, Masalah kegugupan boleh dihindarkan.
7:00 am – 9:00 am
Perut - Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.
Perut - Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.
9:00 am – 11:00 am
Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan
mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap
pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.
Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan
mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap
pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.
Waktu Tengahari
11:00 am – 1:00 pm
Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat
atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini
akan meningkat kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan.
Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan
diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.
Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat
atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini
akan meningkat kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan.
Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan
diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.
Waktu Petang
1:00 pm – 3:00 pm
Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk tutup mata untuk rehat selama 5 minit.
Elakkan dari tertidur.
Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk tutup mata untuk rehat selama 5 minit.
Elakkan dari tertidur.
3:00 pm – 5:00 pm
Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.
Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.
5:00 pm – 7:00 pm
Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan
memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.
Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan
memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.
Waktu Malam
7:00 pm – 9:00 pm
Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran
atau sakit di dada.
Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran
atau sakit di dada.
9:00 pm – 11:00 pm
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari
membaca buku, menonton tv atau bekerja.
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari
membaca buku, menonton tv atau bekerja.
11:00 pm – 1:00 am
Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.
Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.
Waktu Lewat Malam
1:00 am – 3:00 am
Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.
Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.
Itulah ringkasan jadual waktu badan manusia.
Sunday, October 19, 2014
Saturday, October 18, 2014
Thursday, October 16, 2014
Wednesday, October 15, 2014
Tuesday, October 14, 2014
Monday, October 13, 2014
8 Sikap Majikan yang Menjadi Bahan Gosip Pekerja
Setiap kali karnival kerjaya dianjurkan, banyak penasihat kerjaya menasihati para pencari kerja agar berusaha dan belajar menjadi pekerja yang baik. Bagaimana pula dengan majikan? Tidakkah pekerja juga layak mendapatkan penghormatan dan layanan yang baik daripada majikan masing-masing?
Dalam dunia pekerja, majikan yang baik dibezakan dari majikan yang tidak baik melalui cara majikan tersebut menilai dan melayan para pekerja. Mereka juga menilai majikan berdasarkan sumbangan majikan tersebut dalam sesuatu projek bersama atau ‘team work’ yang dilaksanakan di organisasi tersebut.
Kenapa Pekerja Bergosip?
Pekerja banyak bertolak ansur dengan tingkah laku buruk majikan. Banyak juga majikan tidak terlatih, tidak peduli, dan tidak bertanggungjawab atas tindakan dan interaksi mereka dengan pekerja.
Amalan pengurusan yang tidak cekap serta sikap-sikap negatif lain seperti berat sebelah, berlagak, tidak mesra dan lain-lain sering menyebabkan tercetusnya gosip di pejabat (workplace gossip).
Gosip di tempat kerja merupakan salah satu faktor utama pekerja tidak berpuas hati dengan kerja mereka. Ia sebagai saluran pekerja melepaskan perasaan tidak puas hati, geram atau kecewa dengan pihak pengurusan mahupun majikan.
Aktiviti ini boleh menjatuhkan reputasi, menyebabkan hilang rasa hormat serta mengakibatkan konflik di tempat kerja. Pekerja bergosip sesama mereka mengenai majikan atas faktor tertentu.
Antara yang utama ialah tentang ketidakcekapan pengurusan seperti tarikh pemberian gaji, agihan cuti dan fleksibiliti, majikan tiada empati (tiada tolak ansur dengan pekerja dan masalah peribadi) dan lain-lain lagi.
Antara isu-isu yang menjadi bahan gosip di kalangan pekerja adalah:
1) Tidak Tahu Apa yang Anda Lakukan
Adakah anda seorang majikan kompeten di tempat kerja? Ini adalah elemen utama yang dinilai pekerja terhadap majikan mereka. pekerja melihat sikap dan personaliti majikan dalam membuat penilaian.
Apakah anda menawarkan kepimpinan yang pekerja perlukan untuk berjaya? Adakah anda memimpin dan mengurus dengan cara yang menyebabkan pekerja anda tahu bahawa anda tahu apa yang sedang berlaku dalam organisasi.
Majikan yang menjadi bahan gosip ialah majikan yang tidak tahu apa yang dilakukan dan paling teruk apabila majikan tersalah memberi maklumat/arahan, kemudian berbohong dan lebih buruk lagi menyalahkan pekerja untuk menutup kesalahan yang telah dilakukan.
2) Tidak Menghormati Pekerja
Seorang majikan telah mencederakan perasaan pekerja apabila berkelakuan seperti raja atau diktator, mahu pekerja menghormati dan melayan majikan dengan baik, namun pekerja tidak menerima perkara yang sama daripada majikan.
Sebagai mana majikan, pekerja juga manusia yang memiliki perasaan dan harga diri. Jangan hilangkan keyakinan dan harga diri pekerja dengan melayan pekerja seperti hamba. Tambahan pula, jika majikan melayan mereka secara tidak hormat, majikan tidak akan mendapatkan rasa hormat daripada pekerja sebagai balasan.
Apabila majikan memperkecilkan idea-idea pekerja, mengabaikan pandangan mereka, dan mengkritik mereka secara tidak adil, mereka berasa tidak dihormati.
Mengadakan mesyuarat saat akhir tanpa mengambil kira komitmen pekerja, enggan mengadakan percutian bersama pekerja dan gagal melibatkan diri dalam satu-satu projek adalah tanda tingkah laku diktator. Pekerja tahu apabila mereka tidak dihormati dan mereka akan membenci majikan. Bersedialah menjadi bahan gosip pekerja sepanjang tahun.
3) Majikan yang Cetek Ilmu
Sekiranya majikan seorang yang tidak munasabah, mementingkan diri sendiri, manipulasi, monopoli atau kurang pengetahuan tentang perkara atau pekerjaan yang diuruskan, jangan harapkan penghormatan daripada para pekerja.
Dunia pekerjaan kini ramai dihuni oleh individu-individu yang bekerja semata-mata kerana upah gaji, bukan kerana mereka benar-benar sukakan pekerjaan tersebut. Keadaan menjadi lebih teruk apabila golongan sebegini yang dilantik menjadi ketua atau dinaikkan pangkat.
Tidak kira sama ada seorang majikan itu dilantik atau majikan di organisasi sendiri, majikan harus menyediakan diri dengan ilmu yang penting dan bermanfaat dalam bidang kerja masing-masing. Agak memalukan apabila sesuatu perkara atau maklumat penting yang berkaitan dengan kerja atau tugasan tidak diketahui seorang majikan.
Benar, majikan bukan Tuhan yang tahu segala-galanya, namun beri masa pada diri menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan penguasaan sesuatu skil agar tidak menjadi perkara utama dalam perbualan antara pekerja.
4) Majikan Berat Sebelah
Sikap ini yang paling dibenci pekerja dan majikan seperti inilah yang sering diperkatakan pekerja. Ada majikan merasa mereka telah melakukan yang terbaik, tetapi mereka melakukan atau memberi layanan terbaik hanya kepada pekerja pilihan mereka.
Ada pekerja yang prestasinya sangat bagus, berdisiplin namun sedikit pendiam tetapi aktif melibatkan diri untuk kemajuan organisasi tetapi tidak menerima layanan sewajarnya daripada majikan hanya kerana beliau kekurangan skil komunikasi.
Majikan yang paling teruk apabila menilai pekerja menerusi rupa, penampilan serta kepetahan mereka memuji dan memberi kata-kata manis kepada majikan. Pekerja tidak akan bergosip tentang majikan sekiranya majikan tersebut seorang yang adil dan baik hati.
5) Majikan Tidak Tahu Apa yang Pekerja Lakukan
Untuk menjadi seorang majikan yang baik dan dihormati, majikan perlu faham sepenuhnya skop tugasan pekerja untuk membimbing mereka. Selidiki kemungkinan-kemungkinan kekangan yang dihadapi pekerja dalam rutin kerja harian mereka.
Berkomunikasi serta berbual santai dengan pekerja untuk mengetahuinya. Ketahuilah majikan serinkgkali tidak berjaya ‘mengorek masalah’ yang dihadapi pekerja ketika dalam mesyuarat kerana tidak ada pekerja yang mahu mengaku mereka berdepan masalah secara terang-terangan dan di hadapan pekerja lain pula.
Elakkan daripada dibenci pekerja atau menjadi bahan kutukan pekerja dengan berlagak faham dan tahu semuanya tentang pekerja dan tugasan yang dipikul mereka. Banyakkan bertanya dan jika perlu, selitkan gurauan untuk lebih mudah majikan mengetahui masalah pekerja.
6) Pekerja Bukan Robot
Meminta pekerja untuk bekerja lebih masa dan memberikan kerja lebih daripada yang mampu dihadapi pekerja akan menyebabkan pekerja tertekan sekali gus hilang rasa hormat terhadap majikan.
Sudah tentu pekerja mahu melakukan yang terbaik di tempat kerja, tetapi dalam masa yang sama mereka juga mempunyai pelbagai tanggungjawab di rumah, dengan keluarga, rakan-rakan, kerja sukarela, aktiviti sukan dan banyak lagi.
Fahami pekerja sebagai seorang manusia yang memiliki tanggungjawab yang pelbagai. Kehidupan seorang majikan dan pekerja bukan hanya di pejabat sahaja, tanggungjawab hakiki yang lain tidak boleh dinafikan.
Ada antara urusan penting yang perlu dilakukan pada waktu pejabat seperti urusan dengan pejabat-pejabat kerajaan, temu janji doktor di hospital kerajaan, membawa anak untuk pemeriksaan bulanan dan lain-lain.
Majikan yang menawarkan fleksibiliti dan memahami pekerja akan lebih dihormati dan dikasihi pekerja. Malah, pekerja generasi muda atau generasi Y tidak seperti rakan-rakan mereka yang lebih tua, mereka menuntut kefleksibelan dan masa yang bebas untuk melaksanakan semua kepentingan mereka yang lain.
Letakkan diri majikan di tempat pekerja dan majikan akan faham apa yang dirasakan pekerja. Elakkan daripada membuat pekerja merasa bersalah, membantah apa yang mereka perlu lakukan atau mempertikai keperluan mereka terhadap sesuatu perkara (cuti, cuti kecemasan, peralatan pejabat, ruang kerja yang selesa dan lain-lain) atau majikan hanya menawarkan pekerja satu lagi elemen untuk bahan gosip mereka.
7) ‘Kedekut’ Dalam Memberi Penghargaan Kepada Pekerja
Pekerja suka apabila majikan mengiktiraf dan memberi kredit (pujian) untuk pencapaian mereka. Apa yang menimbulkan kejelekan di kalangan pekerja ialah apabila majikan diberi pujian oleh pengurusan tertinggi atau orang lain atas hasil idea dan usaha pekerja.
Majikan ‘mencuri’ dan ‘merampas’ pujian yang sepatutnya dikongsi bersama atau ditujukan secara khusus kepada pekerja yang benar-benar berusaha dan bekerja keras.
Jika idea seseorang staf itu membuahkan hasil dan menyumbang kepada peningkatan reputasi syarikat, sebutlah nama pekerja yang mencadangkan idea tersebut dan beri penghargaan kepada pekerja.
8) Tidak Menyokong Pekerja
Sekiranya anda bekerja sebagai satu pasukan dan salah seorang pekerja melakukan sedikit kesilapan yang tidak disengajakan, jangan menghentam pekerja tersebut.
Apabila pekerja terus-terusan disalahkan serta dikritik atas kesilapan yang dilakukan, majikan hanya menyebabkan pekerja mempunyai set pemikiran bahawa melakukan kesilapan di organisasi ini adalah haram dan berdosa.
Sedangkan daripada kesilapan itulah pekerja akan memperbaiki diri mereka dan belajar strategi baru. Sokonglah pekerja dan beri motivasi, bukan menghilangkan motivasi tersebut.
Gosip baru akan timbul dan majikan mungkin akan dilabel sebagai ‘malaikat’ kerana tidak bertoleransi dengan kesilapan yang dilakukan pekerja. Majikan juga manusia dan manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan sekali skala.
Elak Gosip Negatif, Wujudkan Gosip Positif
Mengelak daripada gosip di tempat kerja adalah cara terbaik untuk menyelamatkan reputasi seorang majikan juga diri pekerja sendiri.
Majikan tidak perlu menjadi seorang manusia yang sempurna untuk mengelak pekerja bergosip tentang majikan. Cukup jika seseorang majikan itu memahami pekerja sebagaimana majikan mahu pekerja memahami mereka.
Sikap hormat merupakan hak setiap manusia. Oleh itu, jangan tetapkan dalam fikiran bahawa sebagai seorang majikan, hanya pekerja yang perlu menunjukkan rasa hormat terhadap anda. Pekerja juga berhak untuk dihormati.
Mengumpat atau bergosip di tempat kerja merupakan perbuatan yang kurang sopan dan tidak matang. Ia boleh merosakkan reputasi diri sendiri, organisasi dan kerjaya orang lain.
Namun punca kepada aktiviti negatif ini juga harus dikaji. Punca para pekerja bergosip atau bercakap-cakap tetang majikan mungkin berpunca daripada majikan sendiri.
Oleh itu, majikan perlu sentiasa peka dengan keadaan semasa organisasi dan lebih-lebih lagi kakitangan yang bersama-sama membantu majikan membina dan memajukan bisnes/organisasi.
Amat penting untuk mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan selesa kepada para pekerja yang menjadi tulang belakang kepada setiap organisasi. Suasana harmoni bermaksud atmosfera kerja yang tidak tegang, pekerja yang gembira dan sentiasa bersemangat melakukan tugasan dan bergaul dengan pekerja sesuai masa dan keadaan.
Jika sedang berbual santai, tanyakan tentang perjalanan kehidupan peribadi atau perancangan peribadi pekerja, beri idea atau sokong rancangan mereka jika ia bermanfaat untuk masa depan pekerja tersebut. Elakkan berbicara soal kerja dan tugasan ketika sedang bersantai bersama pekerja.
Dalam isu gosip di antara pekerja ini, majikan berkuasa menukarkan gosip negatif kepada gosip positif dengan lebih kerap ‘turun padang’ dan ambil tahu isu atau konflik semasa yang berlaku dalam organisasi anda.
Tonjolkan sikap yang positif dan berkarisma, memahami pekerja dan mengambil berat. Ia tetap akan menyebabkan pekerja bergosip tentang anda, namun bercakap dan memuji-muji sikap majikan merupakan ‘gosip’ yang positif.
Friday, October 10, 2014
MEMANASKAN ENJIN KERETA WAKTU PAGI , HANYA MENDATANGKAN KEROSAKAN PADA KERETA
Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.
Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itumesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.
Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?
Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?
The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?
Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus. Jadi berikut antara bahaya atau keburukkan dalam amalan yang tidak betul ini.
DINDING SILINDER CEPAT HAUS
Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.
PALAM PENCUCUH MENJADI KOTOR
Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.
PAIP EKZOS CEPAT BERKARAT
Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.
FUNGSI ENJIN GAGAL BERFUNGSI DENGAN BAIK
Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula guna pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.
Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?
MEMBAZIR DAN MENCEMARKAN
Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.
Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?
Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.
Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.
Sumber: http://berita09.blogspot.com/2014/10/memanaskan-enjin-kereta-waktu-pagi.html?m=1#
Rahsia Bijak Jutawan – Dana Ilmu
Berjumpa lagi kita di ruangan ini. Anda membuat pilihan tepat dengan memilih MajalahNiaga.com sebagai bacaan bina diri dalam talian. Ia mudah, pantas dan percuma.
Baiklah, dalam edisi kali ini mari kita perkatakan dengan lebih lanjut tentang dana Ilmu. Jemput sidang pembaca yang masih belum membacanya klik di sini untuk edisi awal berkaitan topik ini.
Kali ini kita bongkarkan habis-habisan, bahawa dengan hanya ‘melaburkan’ 10% dari pendapatan setiap bulan, tuan dapat meningkatkan kuasa ganda (leverage) dan kuasa rawat yang menghampirkan impian tuan untuk mencapai bebas kewangan.
Mari kita ikuti perjalanan dua sahabat kita ini.
Sahabat A, Encik Umar. Beliau berumur 24 tahun. Beliau adalah eksekutif muda di sebuah syarikat. Pendapatan beliau ialah RM1,800 sebulan. Beliau amat meminati sukan berbasikal. Beliau telah bertunang dan merancang untuk berkahwin dua tahun lagi. Beliau seorang yang berjimat. Beliau menyimpan sekitar RM200 sebulan.
Sahabat B, Encik Khairul. Beliau sebaya umurnya dengan Encik Umar iaitu 24 tahun. Beliau juga adalah seorang pembantu pegawai di sebuah syarikat yang bergaji RM1,800 sebulan. Beliau ada bakat memasak yang diakui teman-temannya. Mungkin sekali diwarisi daripada keluarganya.
InsyaAllah jika tiada aral beliau juga bakal berumah tangga dua tahun lagi. Beliau seorang yang sukakan cabaran.
Kisah Encik Umar – Perangkap Pelaburan
Begini kisahnya. Wajah Encik Umar mungkin nampak serius, beliau sebenarnya peramah juga orangnya. Sering juga beliau keluar minum bersama-sama teman. Kerap juga beliau menyertai konvoi berkayuh bersama teman rapatnya. Apabila bersama teman, pasti banyak topik perbualan akan timbul.
Topik yang paling biasa kedengaran pastinya tentang D.U.I.T. Encik Umar tidak akan melepaskan peluang untuk ‘pasang telinga’ setiap kali topik ini dibualkan. Manalah tau ada lubang rezeki yang menarik.
Satu hari, sahabat baik beliau ada berkongsi satu peluang pelaburan yang menarik. Seperti bulan jatuh ke riba, Encik Umar ditawarkan peluang itu. “Mungkin ini rezeki orang hendak kahwin”, katanya sendiri.
Beliau tidak usik langsung simpanan RM200 sebulan itu. Dia memilih untuk menyimpan simpanan itu di dalam tabungan saham amanah pilihannya.
Sebagai modal pelaburan berkenaan, beliau membuat sedikit pinjaman peribadi. Dengan jaminan manis pulangan sehingga 30% beliau sudah mencongak-congak keuntungan yang bakal beliau dapat nanti. Pinjaman pun selamat lulus, beliau membayar RM350 sebulan bagi tempoh 10 tahun sebagai tempoh bayaran balik.
Kini beliau bergelar pelabur. Tinggi impian beliau.
Perbelanjaan hariannya semakin hari semakin tinggi. Mana tidaknya, ansuran kereta, sewa rumah, bil-bil utiliti, petrol, tol dan parking. Itu belum belanja wajib makan dan minum. Dek kerana beliau penjimat, dapatlah beliau sisakan sekitar RM50 – RM100 setiap bulan, dan simpanan tetap RM200 masih lagi berlangsung dengan rutin.
Dijadikan cerita, pelaburan beliau gagal. Beliau rasa tertipu. Terpaksa redha, walaupun terperangkap dengan ansuran pinjaman peribadi itu. Berat rasa hatinya. Apapun dalam tempoh itu mujur tabungan amanah sahamnya peroleh sedikit dividen dan bonus sebanyak 8% setahun.
Beliau untung RM192 dengan simpanan RM2,400 setahun pada tahun itu. Beliau tekad untuk terus melabur semula untung dan pokok simpanan berkenaan untuk tahun yang kedua. Keuntungannya untuk tahun kedua (8%) ialah RM400. “Alhamdulillah,” katanya.
Maka dalam tempoh 24 bulan, beliau untung RM592. Apapun kerana mahu berkahwin, simpanannya yang sekarang berjumlah RM5,392 itu terpaksa dikeluarkan semuanya.
Kisah Encik Khairul – Impak Dana Ilmu
En Khairul halus sedikit orangnya. Orangnya teliti dan jujur. Dia mengamalkan amalan pengurusan kewangan yang teratur. Mungkin daripada berkat pembacaannya. Selepas membuat simpanan wajib untuk tabungan masa hadapan dan tabungan hajat beliau, beliau disiplinkan diri untuk simpan (sebenarnya belanja) 10% lagi pendapatannya untuk Dana Ilmu.
Beliau mencongak kasar, jika sebulan RM180 bermakna beliau ada bajet sekitar RM2,160 setahun untuk ‘dilaburkan’.
Daripada bajet berkenaan secara berkala, beliau peruntukkan untuk membeli buku-buku kegemarannya, termasuk buku motivasi, buku masakan dan buku agama. Beliau juga ada melanggan beberapa ebook ‘How To’ secara online. Beliau juga melanggan dua buah majalah, satu majalah bina diri dan satu lagi majalah masakan.
Jumlah keseluruhan perbelanjaan beliau sekitar RM1,000 untuk tujuan itu pada tahun itu.
Beliau juga menggunakan bajet 10% Dana Ilmu berkenaan untuk hadir ke bengkel bina diri dan bengkel masakan. Bak kata orang, baik bertambah baik. Semasa hadir di bengkel berkenaan beliau berkenalan dengan ramai rakan baru. Mereka saling berhubung. Ada juga sesetengah bengkel menawarkan sesi networking sesama alumni.
Alhamdulillah, selain rakan sedia ada dan rakan pejabat, Encik Khairul ada satu lagi komuniti sahabat. Perbelanjaan beliau untuk hadir ke bengkel seperti ini dibiayai penuh dengan Dana Ilmu yang 10% itu.
Berkat suasana dan persekitaran itu, Encik Khairul celik akal dan hati. Beliau mengawal kewangannya. Beliau juga melabur. Melalui sedikit modal, beliau juga mula berjinak-jinak dengan perniagaan pastri secara kecilan dalam komunitinya. Beliau juga pasarkan perniagaan itu secara dalam talian dan di laman sosial.
Ini semua berdasarkan ilmu pembacaannya, rujukan bengkel yang dihadirinya dan saranan idea teman-teman barunya.
Setelah dua tahun berlalu, ‘pelaburan’ 10% beliau berjumlah RM4,320 itu hangus. Dengan tidak disangkanya, melalui pelaburannya dan perniagaannya telah membolehkan beliau menambah simpanan. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kerja keras, beliau berjaya mengumpul RM7,000 duit tambah bagi tempoh 24 bulan berkenaan.
Simpanan tetapnya sebanyak 20% sebulan untuk Dana Bebas Kewangan dan Dana Hajatmasih lagi berjalan. Beliau dapat tambah lagi RM7,000 lagi bagi dana berkenaan. Alhamdulillah, beliau dapat menempuh dunia baru perkahwinan dengan yakin dan bersemangat!
Kuasa Ganda dan Kuasa Rawat
Ternyata kisah seperti En Umar dan En Khairul bukanlah asing dalam kehidupan kita. Malah ada juga dalam kalangan kita adalah sebahagian daripada kisah berkenaan. Apa yang saya mahu tuan puan fokuskan di sini ialah bagaimana jumlah sekecil 10% sebulan itu dapat memberi efek besar dalam kehidupan Encik Khairul.
Samada susah semakin susah akibat jahil. Atau baik semakin baik kerana ilmu.
Jelas, ia menggandakan ‘pelaburan’ Encik Khairul (dalam Dana Ilmu) sebanyak 60% di atas kertas (melalui perniagaan pastri kecil-kecilan yang dijalankan). Itu belum lagi ia merawat ‘sakit-sakit’ minda. Encik Khairul hari ini sangat yakin diri, bersemangat dan jelas matlamat masa hadapan.
Bagaimanapun ini tidak bermakna beliau tidak akan melakukan kesilapan. Namun, dengan ilmu, pengalaman dan pergaulannya menyebabkan beliau kembali fokus kepada matlamat besarnya bebas kewangan.
Oleh itu pembaca budiman, aturkan Dana Ilmu masing-masing bermula hari ini juga. 10% sahaja. Aturkan satu akaun bank khas. Atau satu sampul khas. Atau satu tabung khas untuk Dana Ilmu 10% ini. Catat dan ‘pasang telinga’ peluang baca, peluang belajar dan peluang bergaul di sekitar anda.
Ada yang percuma, cuma banyak juga yang berbayar.
Berlumba-lumbalah kita mencari ilmu dan pengalaman. Bukankah masa kita di sini tidak lama. Malah bukankah hukumnya wajib dalam agama! Jumpa lagi kita di kesempatan seterusnya.
Anak jiran memakai suasa,
Jalan perlahan pergi kuala;
Baca, belajar bergaul sentiasa,
Barang yang baik berguna pula.
Sumber: http://www.majalahniaga.com/rahsia-bijak-jutawan-dana-ilmu.html
Subscribe to:
Posts (Atom)