Thursday, October 23, 2014

Ujian Saringan HIV Bakal Pengantin




1. Buat dekat Poliklinik Komuniti Kelana Jaya.
(Gambar ehsan google)
2. Waktu urusan Isnin - Jumaat, 8 pg - 12 tghari & 2 ptg - 4 ptg. Tidak perlu appointment.
3. Pergi ke Kaunter 1. Beritahu nak buat ujian saringan HIV.
Kaunter 1 yang sebelah kiri sekali. Tak nampak dalam gambar.
(Gambar ehsan google)
4. Petugas akan tanya untuk dihantar ke mana. Bagitahu negeri mana anda nak hantar.
5. Borang akan diberi untuk diisi berserta no. giliran.
6. Isi semua borang termasuk yang warna hijau.
7. Cari la tempat kosong yang sesuai untuk anda isi  borang.
8. Jangan lupa bawa pen sendiri. Senang nanti.
9. Habis isi borang, hantar balik kepada petugas kaunter 1.
10. Tunggu untuk no. anda dipanggil.
11. Buat bayaran RM1.
12. Perugas akan arahkan anda pergi ke bilik no. 18.
13. Pergi sana dan letakkan semua borang yang ada di tangan dalam peti sebelah kanan depan pintu bilik no. 18.
14. Tunggu nama anda dipanggil oleh petugas.
15. Bersedia untuk dicucuk jarum jari telunjuk kiri.
Petugas siap beritahu lagi, "Saya nak cucuk jarum ye". Dia takut kita terkejut nanti. Time saya hari tu semua petugas adalah lelaki.
(Gambar ehsan google)
16. Petugas akan bagitahu yang keputusan akan keluar dalam masa 30 minit lebih di kaunter A depan bilik no. 18 dengan panggilan nama.
17. Memang lebih kurang 30 minit keputusan keluar.
18. Ambil salinan borang (warna biru) untuk dikepilkan bersama Borang Kebenaran Nikah nanti.
Contoh salinan borang. Yang saya punya warna biru.
(Gambar ehsan google)
19. Masa dihabiskan di klinik lebih kurang 1jam 30 minit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...