Saturday, May 28, 2011

Jogging


Jogging, berjalan laju merupakan satu aktiviti senaman yang cukup popular di kalangan masyarakat terutamanya di Malaysia. Aktiviti ini bukan sahaja boleh menyihatkan badan tetapi juga boleh menjalinkan siratulrahim antara kita.

Tetapi ramai yang mengeluh apabila hendak melakukan aktiviti ini kerana ada yang kata perlukan kasut yang sesuai, sarung kaki yang sesuai, track yang sesuai dan berbagai lagi lah rungutan.
Kasut Jogging
Kasut untuk melakukan aktiviti ini perlulah selesa di mana pilihlah kasut yang depannya lebar supaya kaki anda boleh mengembang dengan selesa apabila anda mula melangkah. Satu lagi adalah sarung kaki. Nasihat saya, pilihlah sarung kaki seperti yang di bawah ini;

Sarung Kaki Berjari

Sarung Kaki Berjari

Sarung kaki jenis ini akan mengelakkan anda dari melecet semasa berjogging. Saya dah guna dan ianya cukup berkesan. Walaupun agak nipis dari sarung kaki sukan yang sedia ada tetapi berkesan. Dahulu saya sering mengeluh apabila selesai berjogging sebab kaki mesti akan melecet tetapi tidak lagi sekarang.

Harap anda dapat gunakan produk ini untuk memelihara kaki anda dan supaya anda tidak ada lagi alasan untuk tidak berjogging.

Selamat mencuba ...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...