Thursday, May 26, 2011

Petua Awet Muda

Mandi
[PadangDiLalang]
Semua orang mahu kelihatan muda bukan. Tanyalah siapa-siapa pun pasti kalau boleh nak kelihatan muda trang tang-tang dan nak selalu sihat. Semua orang tak nak selalu kena demam, selsema, batuk dan sebagainya.

Di sini ada sedikit petua yang saya amalkan sejak 20 tahun dulu. Petua ini diberikan kepada saya oleh seorang pakcik yang bekerja setempat dengan saya ketika saya baru lepas SRP dulu, sekarang dah jadi PMR. Maklumlah, dulu-dulu kami orang-orang kampung akan pergi cari keja sementara menunggu keputusan peperiksaan keluar. Nak cari duit buat belanja sekolah.

Petuanya begini:

1. Bangun pagi, minum dua gelas air kosong (suam / sejuk - bukan ais ya) sebelum berus gigi.
    - Tegukan yang pertama, kumurkan dalam mulut dahulu kemudian baru telan.
    - Tegukan seterusnya, terus telan.
    - Sebabnya:
       -> Di dalam mulut kita mempunyai enzim yang boleh mempercepatkan penghadaman. Jadi dengan
            berkumur akan mengumpul semua enzim tersebut dan menelannya ke dalam perut untuk
            mempercepatkan penghadaman ketika kita bersarapa nanti.
       -> Air kosong bertindak sebagai ejen untuk melancarkan pergerakan organ-organ dalaman kita.

2. Berus lidah semasa anda memberus gigi.
    - Sebabnya:
       -> Lidah menyimpan pelbagai bahan seperti bakteria dan kuman semasa kita menjamah makanan.
            Bahan-bahan yang apabila berkumpul dengan banyaknya akan mendatangkan kesan tindakbalas
            kepada badan kita. Jadi, dengan memberus lidah, anda akan terhindar dari batuk.

3. Mandi berperingkat-peringkat.
    - Mulakan dengan jari kaki sehingga buku lali.
    - Buku lali sehingga lutut.
    - Lutut hingga pinggang.
    - Pinggang hingga leher (kalau nak sabun, boleh dilakukan di peringkat ini).
    - Leher hingga kepala.
    - Sebabnya:
       -> Air menolong menyejukkan badan.
       -> Suhu masuk ke badan melalui kaki dan keluar melalui kepala.
       -> Dengan membasahkan kaki dahulu, suhu sejuk akan masuk ke dalam badan dan menolak suhu panas
            keluar perlahan-lahan melalui kepala.
       -> Jadi badan kita akan disejukkan secara berperingkat-peringkat. Berbanding jika kita basahkan kepala
            dahulu. Suhu panas akan terperangkap di dalam badan kerana tidak boleh keluar disebabkan suhu
            sejuk berada di atas kepala. Ini akan menyebabkan anda mengalami sakit kepala dan demam.

Sepanjang saya mengamalkan petua ini, amat jarang sekali saya ke klinik kerana demam, batuk dan selsema. Selamat beramal.

Search Amazon.com Books for healthy living
Search Amazon.com for healthy living

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...