Sunday, June 26, 2011

Meet Bill

Meet BillMeet Bill merupakan sebuah cerita komedi. Bill seorang suami dan seorang menantu yang tidak selesa ataupun tidak suka dengan keadaan dirinya sekarang. Dia merasakan ada sesuatu yang dia perlu lakukan mengenainya.

Bill merupakan seorang pegawai bank di mana bapa mertuanya menjadi pemilik bank tersebut. Dia merasakan yang keluarga bapa mertuanya selalu mempersendakannya kerana jawatan yang di pegangnya itu dibuat semata-mata untuk Bill kerana mengahwini adik perempuan mereka. Bill tertekan dengan keadaan itu sehingga dia merancang untuk membuka perniagaan sendiri tanpa pengetahuan isterinya.

Bill juga mula mencurigai isterinya. Dia merasakan yang isterinya menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Lantas mengatur strategi untuk membuktikannya.

Kisah Bill bermula apabila dia bertemu dengan seorang murid sekolah melalui program mentor sekolah tersebut dan Bill menjadi mentornya. Murid ini mempengaruhi kehidupan Bill sehingga mereka merancang untuk mendapatkan balik kasih sayang isteri Bill yang marah kepadanya kerana pendedahan video seksnya dengan lelaki lain yang dirakam oleh Bill tersebar.

Bermacam-macam kejadian berlaku dan dilakukan oleh mereka sejak itu. Akhirnya Bill mendapat apa yang diingininya dan tahu arah tuju hidupnya yang sebenar.

Moral cerita ini adalah:

  1. Senaman membantu kita berfikir dengan tenang.
  2. Lakukan kerja yang membuatkan kita seronok melakukannya.
  3. Bergembiralah, buat sesuatu yang boleh menghiburkan hati kita.

Meet Bill diarahkan oleh Bernie Goldmann dan Melisa Wallack, ditulis oleh Melisa Wallack dan dilakonkan oleh Aaron Eckhart (Bill), Jessica Alba dan Logan Lerman. Diterbitkan pada tahun 2007.

Sedikit sedutan dari filem:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...