Monday, June 27, 2011

Lahirnya Seorang Jutawan

Tajuk: Lahirnya Seorang Jutawan
Penulis: Azizi Ali
Penerbit: TrueWealth Sdn Bhd
Harga: RM39.90
Halaman: 208 muka surat
Beli Online: MPH Bookstore

Kandungan:
1. Perjalanan Hidup Saya Sebagai Seorang Pekerja.
2. Pekerja Jutawan.
3. Anda Tidak Perlu Kebenaran untuk Menjadi Kaya.
4. Empat Faktor yang Memberi Kesan ke Atas Pendapatan Anda Selaku Pekerja.
5. Bagaimana untuk Menjadi Pekerja yang Mempunyai Pasaran.
6. Bagaimana untuk Mendapatkan Lebih Banyak Wang Selaku Pekerja.
7. Tidak Semuanya Indah.
8. Serangan dari Dua Penjuru.
9. Menjadi Ejen Bebas.
10. Wujudkan SPT.
11. Pembakar Lanjut.
12. Bagaimana untuk Menyimpan Wang.
13. Bagaimana untuk Melabur Wang dengan Bijak.
14. Elakkan Melakukan Kesilapan Kewangan yang Besar.
15. Menjadi Kaya adalah Usaha Berpasukan

Ulasan:
Buku ini digarap dengan begitu teliti oleh Azizi Ali sebagai panduan kepada kita yang ingin membuat lebih banyak duit walaupun kita masih lagi sebagai pekerja ataupun makan gaji. Bagaimana untuk kekal sebagai pekerja dan menjadi jutawan.

Panduan ini adalah berdasarkan pengalaman beliau sendiri sebagai seorang pekerja yang selepas itu menjadi seorang jutawan. Diterangkan langkah-langkah yang beliau ambil sehingga beliau sampai ke tahap sekarang iaitu jutawan.

Huraian beliau terhadap tajuk-tajuk di atas amat terperinci dan mudah untuk difahami dengan pelbagai contoh yang mudah. Berdasarkan contoh-contoh yang diberi, jelas menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang yang berpengalaman dan berpengetahuan luas di dalam bidang kewangan. Contoh-contoh yang diberi begitu dekat dengan kehidupan seharian kita, yang kebanyakkan orang melakukannya.

Panduan dan langkah-langkah yang disyorkan juga tampak tidak mustahil untuk dipraktikkan oleh orang yang betul-betul ingin mengubah hidup mereka. Nasihat yang diberikan juga mempunyai asas yang kukuh untuk diambil ikhtibar dan diamalkan.

Saya amat mengesyorkan kepada mereka yang sedang bekerja membaca buku ini. Sebelum anda mengambil sebarang keputusan dalam pekerjaan anda, bacalah buku ini terlebih dahulu. Ia akan memberi anda banyak idea yang boleh anda pakai untuk mengembangkan lagi kerjaya serta wang anda. Setelah membacanya, anda akan merasakan begitu mudah sebenarnya untuk menjadi jutawan walaupun anda merupakan seorang pekerja.

Dapatkan segera buku, Lahirnya Seorang Jutawan dipasaran.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...