Monday, August 22, 2011

Motivasi Memburu Kejayaan

Tajuk: Motivasi Memburu Kejayaan
Penulis: Datuk Maznah Hamid
Terbitan: Maznah Motivation Centre
Harga: RM29.00
Halaman: 280 mukasurat

Kandungan

1. Matlamat
2. Sikap positif
3. Gambaran mental
4. Bina imej diri
5. Bangunkan potensi diri
6. Erti sebuah kemaafan
7. Rumahtangga bahagia
8. Kerja kuat bawa kejayaan
9. Ciri-ciri keusahawanan tulen
10. Maju diri maju negara

Edisi Bonus

Mencipta 3K
Petua dan strategi berkesan mencipta 3k
Resipi kejayaan
Fikirkan boleh

Fakta Menarik

1. Matlamat adalah kompas kehidupan. Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa nakhoda hanyut di tengah lautan, terumbang-ambing dipukul arus dan gelombang kehidupan.

2. Apabila anda tahu arah tujuan anda, sesungguhnya anda telah separuh jalan ke sana.

3. Hidup tanpa sebarang matlamat tidak ubah seperti kapal yang tiada nakhoda, terumbang-ambing dipukul gelombang, hanyut di tengah lautan. Kalau bernasib baik, maka terdamparlah ia di tepian pantai dan jika sebaliknya, hanyutlah ia dipukul ombak dan badai yang akhirnya akan tenggelam.

4. Matlamat adalah untuk dimiliki dan dinikmati sebagai memenuhi kehendak psikologi manusia kerana pencapaiannya akan menimbulkan perasaan bangga, gembira dan kepuasan kepada diri kita.

5. Anak kunci kejayaan diri dan kehidupan bermula dengan wujudnya tujuan hidup atau matlamat. Hanya dengan mempunyai matlamat yang jelas, spesifik dan realistik, barulah timbul semangat, motivasi dan kesedaran seseorang mengenai betapa pentingnya mencapai matlamat.

6. Wujudkan matlamat dan berusahalah secara positif untuk memburu kejayaan. Anggaplah tidak ada apapun yang mustahil untuk dicapai.

7. Sekiranya anda tahu bahawa anda tidak mungkin gagal, apakah pilihan dan tindakan anda?

8. Apa yang kita lakukan hari ini akan menentukan dan mencorakkan masa depan kita, lakukan yang terbaik.

9. Gantungkan gambar rumah atau kereta yang menjadi idaman di dalam bilik tidur kita (ambil gambar berdiri disebelah kereta) supaya apabila kita bangun daripada tidur, kita nampak matlamat kita itu. Secara tidak langsung ia akan memotivasikan diri kita dengan memberi semangat untuk berusaha mendapatkannya.

10. Orang-orang yang tidak kenal akan dirinya, dia tidak kenal Tuhannya dan tidak ada iman dalam dirinya. Orang yang demikian hidupnya sering gagal dan hidupnya seperti burung dalam sangkar.

11. Mengapa matlamat tidak pernah tercapai?
(...dapatkan buku Motivasi Memburu Kejayaan untuk mengetahui selanjutnya...)

12. Cara melatih diri merancang matlamat.
(...dapatkan buku Motivasi Memburu Kejayaan untuk mengetahui selanjutnya...)

13. Tanpa bayangan positif adalah mustahil bagi kita untuk mencapai matlamat yang telah kita tetapkan. Kita tidak tahu apakah sebenarnya yang kita kehendaki?

14. Menetapkan matlamat.
(...dapatkan buku Motivasi Memburu Kejayaan untuk mengetahui selanjutnya...)

15. Matlamat anda mestilah jelas, tepat dan praktikal serta dibuat secara hitam putih. Bacalah matlamat anda berulang kali setiap hari.

16. Apa yang kita lakukan hari ini akan menentukan dan mencorakkan masa depan kita.

17. Matlamat adalah peta kehidupan. Matlamat yang dibuat tanpa diiringi dengan tindakan, tidak akan menghasilkan suatu apa pun.

18. Sikap dan tabiat adalah satu perkara kecil yang boleh memberikan perbezaan besar dalam hidup. Kita boleh mengubah hidup dengan cara mengubah pemikiran, perasaan dan tindakan kita - perubahan sikap. "Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubah diri mereka sendiri" - ar-Rad: 11.

19. Anda menjadi seperti apa yang anda fikirkan. Bagi menukar keputusan, tukar pemikiran, perasaan dan tindakan.

20. Orang yang berjaya mempunyai ciri-ciri kesedaran yang lebih, mereka sentiasa mempamer dan mempraktikkan kesedaran diri yang positif.

21. Orang yang bakal gagal adalah orang yang tidak sedar atau tidak mahu mengetahui keadaan di sekeliling. Mereka juga tidak sensitif terhadap kehendak atau perasaan orang lain.

22. Setiap insan merupakan individu yang unik. Kita berbeza dari segi pemikiran, perasaan dan tindakan.

23. Janganlah kita over react terhadap sesuatu yang belum terjadi dan melayan api kemarahan yang menyala-nyala sehingga kita mengalami masalah seperti migrain, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya.

24. Kesedaran diri yang positif ialah menyedari bahawa orang yang tidak membaca itu sama seperti orang yang tidak tahu membaca (buta huruf). Orang yang tidak berkemahuan untuk terus belajar dan tidak ingin memperbaiki dan membangunkan dirinya samalah seperti insan kerdil yang sememangnya tidak boleh membesar lagi.

25. Apa saja matlamat atau objektif yang ingin kita capai, arah haluannya akan disediakan oleh sikap kita. Paling penting kita mesti mengkritik diri kita sendiri.

26. Usah berkata, tak bolehlah... tengoklah dulu... dah terpaksalah... sekejap lagilah... susahlah... tak yakinlah... tak apalah... seganlah... benci! benci!... dah nasib badan. Ransangan negatif lahirkan personaliti negatif.

27. Katakan, aku boleh!... aku pasti cuba!... ini satu cabaran!... sekarang juga!... cuba lagi!... pasti berjaya!... jangan tangguh!... buktikan!... kasih... aku pasti berjaya! Ransangan positif lahirkan personaliti positif.

28. Jangan jadi orang yang mudah marah. Sesetengah orang menghabiskan masa memikirkan kesilapan pada masa lampau yang mana tidak mungkin dapat diperbaiki lagi.

29. Mulakan program harian pada awal pagi dengan rasa ceria. Usahakan supaya kita rasa gembira sebaik saja kita bangun tidur. Elakkan mendengar berita yang buruk dan malang pada pagi hari. Banyakkan mendengar muzik dan lagu-lagu kegemaran kita yang menyegarkan dan dapat memberi perangsang dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun mendengar kaset motivasi kejayaan diri.

30. Orang yang tahu rahsianya (bersikap positif) sedar bahawa diri mereka berkuasa. Seboleh-bolehnya jadikan hari ini hari yang paling baik bagi kita.

31. Tabiat dan sikap kita bukan seperti ukiran pada batu yang kekal. Diri kita mempunyai kuasa untuk mengawal dan mengikis tabiat dan sikap negatif yang tidak membina. Tidak seorang pun yang boleh membantah pilihan kita kecuali diri kita sendiri.

32. Biasanya apa yang kita takutkan ataupun yang kita jangkakan benar-benar akan terjadi. Ini disebabkan kita secara tidak langsung akan bertindak balas mengikut arahan pemikiran kita. Sebenarnya kitalah yang memandu, mengarah dan mengawal kehidupan kita sendiri.

33. Apa yang terjadi dalam hidup kita tidaklah begitu penting dan besar, tetapi yang lebih penting bagaimana kita menganggapnya, menerimanya atau memandangnya.

34. Orang yang berjaya adalah orang yang menjadikan sesuatu atau menyebabkan sesuatu terjadi kepada diri mereka. Orang yang gagal membiarkan saja sesuatu terjadi.

35. Orang yang gagal sentiasa meratapi dan menyesali apa saja yang terjadi kepadanya tanpa menyedari dia yang membenarkan dan membiarkannya terjadi sedemikian.

36. Orang yang berjaya sentiasa rela bertanggungjawab menerima pujian dan kritikan atas segala perlakuan mereka.

37. Undang-undang 'sebab dan akibat' menyatakan bahawa bagi setiap 'sebab' wujud 'akibat' yang setimpal.

38. Golongan yang berjaya sentiasa berada pada stereng dan tidak berganjak dari tempat duduk pemandu. Golongan ini sentiasa mengawal pemikiran, perasaan, tindak-tanduk harian dan matlamat. Mereka menghabiskan masa mencipta kejayaan dan menerima hakikat bahawa mereka tidak mempunyai masa untuk dipersia-siakan.

39. Bertindak hari ini untuk kawalan diri yang lebih positif.
(...dapatkan buku Motivasi Memburu Kejayaan untuk mengetahui selanjutnya...)

40. Biasanya orang-orang yang pandai menjadi hamba orang, dan yang bijaksana menjadi ketua orang kerana orang pandai diajar oleh manusia (guru), tetapi orang yang bijaksana diajar oleh Tuhan.

41. Fikirkan 'Boleh', katakan 'Boleh', Pasti Boleh!

42. Gaji yang lumayan atau wang berjuta ringgit yang datang kepada kita itu sebenarnya bukan dicari, tapi diri kita yang berkeupayaan 'menariknya'. 'Pekerjaan' juga ingin memilih 'seseorang' yang cekap, sesuai dan memiliki kualiti yang terbaik sebagai bosnya. Fikirkanlah!

43. Hanya orang yang berkualiti, mempunyai ciri-ciri dan personaliti tertentu yang boleh menarik wang dan pekerjaan yang baik, pangkat besar, bisnes besar, kereta besar, malah apa jua kejayaan kepada mereka.

44. Jika kita tidak ada rasa sayang dan menghargai diri kita sendiri, jangan harap orang lain akan menyayangi dan menghargai diri kita. Jika kita sendiri tidak yakin dengan diri kita, maka janganlah kita harap, kita dapat meyakinkan orang lain. Sekiranya kita tidak hormatkan diri kita, janga harap orang lain akan menghormati diri kita.

45. Ramai diantara kita yang tidak mempunyai ketetapan dan keteguhan hati yang kuat, tetapi hanya membiarkan keputusan hidup mereka ditentukan oleh takdir, nasib atau ramalan bintang-bintang.

46. Kita berada di tempat duduk pemandu dan memandu kehidupan kita.

47. Tidak kira dari mana datangnya kita, asal-usul kita, dari hulu mana pun kita, anak siapakah kita ini, nelayan, petani atau penoreh getah, tidak kira apa kedudukan keluarga kita ketika ini, broken home atau miskin, tetapi yang pentingnya apa yang boleh kita jadikan diri kita ini. Hanya diri kita sendiri yang dapat mengubah kehidupan dan masa depan kita.

48. Fikirkan permusuhan, kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih, maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan.

49. Sejak dilahirkan hingga mencapai umur 18... seseorang anak gadis memerlukan ibu bapa yang baik. Dari usia 18 hingga 35 tahun... dia memerlukan personaliti yang baik. Dari usia 55 tahun ke atas... dia memerlukan wang!

50. Kita akan jadi apa yang kita fikirkan. Setiap masa (sekerap mungkin) gambarkan dalam pemikiran kita seolah-olah kita telah menjadi orang yang kita ingin jadi, kemudian rangsangkan urat saraf kita untuk merasai dan bertindak mengikut gambaran mental sebagai orang yang kita ingin jadi, melalui minda separuh sedar kita, yang amat berkuasa memproses impian kita!

51. Berhati-hatilah memilih matlamat dan 'mengisi minda', kerana anda akan menjadi seperti apa yang anda fikirkan!

52. Sekiranya kita memikirkan persahabatan, kita akan 'menarik' sahabat. Sekiranya kita memikirkan kasih, maka kita akan dikasihi dan sekiranya kita memikirkan benci, maka kita akan dibenci. Inilah undang-undang persamaan.

53. Fikirkan permusuhan, kita akan dimusuhi. Jika kita fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi, sekiranya kita fikirkan kasih sayang, maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita perlu menjadi seperti apa yang kita fikirkan.

54. Pemikiran atau gambaran mental adalah pusat jana kuasa yang mengawal kehidupan dan menentukan masa depan kita.

55. Harta yang paling bernilai kepada setiap insan ialah imej dirinya. Apa yang difikirkan, dirasakan mengenai dirinya, itulah yang dipamerkan kepada dunia... Imej Diri.

56. Diri kita sebenarnya adalah TIGA orang: - anggapan kita terhadap diri sendiri. - diri kita pada kaca mata orang lain. - diri kita yang sebenar.

57. Apabila kita mempunyai imej diri yang meyakinkan dan berani, maka kita akan menyatakannya melalui tindak-tanduk kita, iaitu melalui cara kita mengendalikan diri seperti cara berpakaian, cara berjalan atau bercakap yang akan digambarkan melalui personaliti kita.

58. Jika kita tidak dapat menyintai diri kita, bagaimana kita boleh menyintai dan memberikan kasih sayang kepada orang lain. Kita tidak mungkin dapat memberikan sesuatu yang tidak kita miliki.

59. Kita hanya boleh menuai apa yang kita tanam. - Undang-undang persamaan (universal law of consistency)

60. Kita telah dilahirkan Allah kaya dengan segala kelengkapan minda, pancaindera dan rohani untuk menjadikan kita seorang yang berjaya. Tuhan mencipta kita untuk berjaya, hidup senang dan bahagia. Bukan sebaliknya!

61. Seluruh kehidupan kita berlegar di sekitar imej kita. Sesebuah syarikat mempunyai imej korporatnya, maka setiap individu juga mempunyai imejnya yang tersendiri. "Brand"nya yang tersendiri.

62. Imej diri terbentuk melalui empat elemen penting, iaitu rasa penghormatan dan penghargaan terhadap diri, percakapan terhadap diri, disiplin serta kawalan diri.

63. Sekiranya kita tidak ada rasa hormat terhadap diri kita, maka janganlah berharap orang lain akan menghormati diri kita. Sekiranya kita tidak berasa yakin pada diri sendiri, pasti orang lain juga tidak akan yakin pada diri kita. Sekiranya kita tidak mempunyai rasa kasih dan cinta terhadap diri kita, maka janganlah harap orang lain akan mengasihi dan mencintai diri kita.

64. Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam atau terguris dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya, mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya.

65. Individu yang bahagia dan berasa puas mempunyai sifat-sifat seperti berikut:

  • mendapati perasaan mereka berada dalam suasana harmoni yang akan merangsang anggota badan untuk bertindak secara harmoni.
  • mendapati diri mereka disukai, dikehendaki dan dapt diterima oleh semua orang.
  • dapat menerima hakikat kehidupan dengan penuh rela dan menerima diri mereka seperti seadanya.
  • mempunyai perasaan mengambil berat terhadap individu lain.
  • mempunyai ilmu pengetahuan yang banyak dan sentiasa mempraktikan apa yang dipelajari, kemudian sedia berkongsi dengan orang lain.


66. Orang yang terluka emosi menganggap dunia yang didiami ini sebagai medan permusuhan. Orang begini bersikap tidak peramah dengan orang lain, sentiasa menunjukkan sikap kecewa, memberontak, hampa, sentiasa kesunyian dan dilanda kebosanan hidup.

67. Kita perlu belajar memaafkan diri kita sendiri atas kesilapan, kesalahan dan kegagalan lalu kerana hakikatnya kita bukanlah manusia yang sempurna dalam serba-serbi.

68. Setiap hari berusahalah untuk membina imej diri yang harmoni dan meyakinkan. Rasakan diri kita sebagai insan yang baru, penuh dengan perasaan kasih dan hormat terhadap diri kita sendiri. Fikirkan segala kejayaan dan kebaikan yang telah kita lakukan selama ini.

69. Sesetengah orang mudah berkecil hati dan sensitif pada perkara-perkara kecil yang remeh-temeh. Ini menyebabkan orang yang berhadapan dengannya terpaksa lebih berhati-hati daripada segi tindakan dan perkataan demi menjaga perasaan individu tersebut daripada tersinggung. Ada kalanya kita terpaksa 'berselindung' demi menjaga perasaannya. Orang yang begitu sensitif terdiri daripada mereka yang mempunyai rasa penghormatan diri yang amat rendah.

70. Tabahkan hatimu, kuatkan semangatmu, kebalkan emosimu, hadapi cabaran dengan keberanian.

71. Perasaan sakit hati, benci dan dendam adalah punca utama yang menyebabkan timbulnya pelbagai penyakit, baik daripada segi mental, emosi, mahupun fizikal. Ubat yang paling mujarab untuk menyembuhkannya hanyalah melalui kemaafan.

72. Dalam banyak-banyak kelakuan atau sifat manusia yang dikeji dan amat membinasakan adalah panas baran.

73. Seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah dan sebaliknya mempunyai sifat suka berjenaka dan mempunyai sifat semula jadi yang menyenangkan, sesungguhnya boleh menakluki nasib yang malang ataupun kecelakaan yang bakal menimpa dirinya.

74. Seseorang yang boleh membuatkan kita marah sebenarnya telah berjaya menguasai dan menakluki diri kita.

75. Panas baran akan menyakiti diri kita lebih daripada menyakiti orang yang kita marahi atau dendami.

76. Pakar psikologi mengatakan penawar yang paling berkesan untuk meredakan kemarahan ialah melengah-lengahkannya. Caranya, apabila kita berada dalam kemarahan, kita kira dari satu hingga sepuluh sebelum kita buka mulut dan sekiranya kita dalam keadaan terlalu marah, buat kiraan sehingga 100. Teknik ini dapat menyejukkan hati seseorang.

77. Jangan sekali-kali kita menulis, bertindak atau membuat sebarang keputusan apa pun sehinggalah api kemarahan kita reda kerana ketika ini kita boleh membuat keputusan mengikut hati dan perasaan dan bukannya berpandukan pemikiran. Sesungguhnya kemarahan bermula daripada kebodohan dan akan berakhir dengan penyesalan yang tidak berkesudahan.

78. Orang-orang yang beremosi, lekas marah, panas baran dan tidak sabar adalah mereka yang memiliki 'nafsu amarah'. Orang ini sentiasa cenderung atau terdorong kepada sifat bodoh, tamak, takbur, hasad, khianat dan pemarah.

79. Petua mengatasi sifat panas baran, pemarah dan tidak dapat mengawal perasaan marah:

  • kalau marah pada waktu duduk, bangun dan berjalan perlahan-lahan, pandang ke luar.
  • ucap berulang kali "Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar".
  • apabila perasaan marah datang, minum air sejuk segelas, kemudian buat senaman pernafasan.
  • apabila perasaan marah datang, pandanglah kuku di tangan.
  • redakan dengan mengambil wuduk.


80. Sesiapa yang boleh menumpaskan 'sesaat' rasa marah bererti ia boleh mengelakkan kemurungan sepanjang hari.

81. Pesan orang tua-tua, sekiranya kita berhadapan dengan orang yang panas baran atau kaki gaduh, biarkan dia 'bersendirian'.

82. Sekiranya anda sakit, menderita dan cacat ingatlah pesanan ini. Sifat keriangan dapat meringankan segala kesakitan, penderitaan dan boleh meringankan bebanan kecacatan diri kita.

83. Kajian telah membuktikan, 'rasa keriangan, kepuasan, kesyukuran dan ketenangan jiwa' dapat mengekalkan keceriaan wajah kita dan melenyapkan 'ketuaan' kita. Rahsia awet muda.

84. Senyumlah selalu kerana senyuman akan memberi ketenteraman jiwa kepada diri kita sendiri dan kepada orang yang menerimanya.

85. Orang yang tidak dapat memaafkan dirinya dan memaafkan segala kesalahan, keterlanjuran dan ketidaksempurnaannya, maka berkemungkinan dia akan menderita penyakit insomnia, migrain, ulser atau kanser dan yang paling ketara adalah sakit jiwa.

86. Kita dijadikan unik dan dilengkapkan dengan segala keupayaan untuk mencipta kejayaan. Kita mempunyai kebebasan memilih dan mengubah apa jua sikap negatif yang berada di dalam diri kita. Apabila kita mampu mengubah sikap kita, maka dunia juga akan turut berubah.

87. Hentikan rintihan, hentikan kesalan; sebaliknya bangunlah untuk mencabar keunikan, kecacatan atau penderitaan kita - cabar potensi diri anda!

88. Perasaan takut, bimbang dan curiga jika dilayan boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti migrain, ulser, keguguran rambut dan sakit sendi yang semuanya berpunca daripada tekanan jiwa yang menderitakan.

89. Perasaan sakit hati, benci dan dendam adalah punca utama yang menyebabkan timbulnya pelbagai penyakit baik daripada segi mental, emosi mahupun fizikal. Hindarilah ia sebelum ia memusnahkan diri kita.

90. Apabila menghadapi masalah, anggaplah diri kita lebih besar dan lebih tinggi daripada masalah itu dan bukan sebaliknya.

91. Hadapilah masalah dengan penuh kepintaran dan ketabahan! Ingatlah, Tuhan sentiasa bersama kita.

100. Langkah-langkah menghadapi masalah:
(...dapatkan buku Motivasi Memburu Kejayaan untuk mengetahui selanjutnya...)

101. Apabila menghadapi kegagalan, ingatlah bahawa yang gagal itu bukanlah diri kita, tetapi hanyalah 'percubaan kita'. Kegagalan sementara. Kejayaan adalah kegagalan yang diterbalikkan.

102. Otak kita akan bertambah 'tajam' sekiranya diasah selalu. Asahlah ia dengan menyelesaikan masalah demi masalah! Sesungguhnya orang yang berjaya terdiri daripada mereka yang bijak menyelesaikan masalah.

103. Walau apa sahaja bentuk kegagalan kita, sama ada masalah percintaan, gagal peperiksaan, gagal dalam perniagaan - itu semua bukan bererti kegagalan. Ia harus dianggap sebagai kekalahan sementara atau kesulitan sementara.

104. Gagal itu bukanlah diri kita, tetapi hanyalah percubaan kita.

105. Sesungguhnya kekecewaan dan kegagalan adalah sebahagian daripada asam garam kehidupan. Kejayaan sebenarnya adalah hasil daripada beberapa percubaan nekad yang disulami dengan kegagalan - trial and error.

106. Orang yang tidak pernah gagal itu adalah terdiri daripada mereka yang tidak pernah 'mencuba' dan tidak pernah melakukan sesuatu yang 'besar' dan 'luar biasa' - mereka hanya manusia biasa.

107. Erti sebuah kegagalan

  • Kegagalan bukanlah bererti anda seorang yang gagal. Ia hanya bererti anda 'masih belum' berjaya lagi.
  • Kegagalan bukanlah bererti anda tidak mencapai apa-apa. Ia sebenarnya bererti anda sudah 'mempelajari' sesuatu.
  • Kegagalan bukanlah bererti anda seorang bodoh kerana mencuba. Ia bererti anda 'berani', anda 'berhati teguh', 'bersemangat waja'. Berbanggalah dengan diri anda. Ia hanyalah bermakna anda 'memerlukan' sedikit lagi masa.
  • Kegagalan bukanlah bermakna anda kecundang. Ia hanyalah bermakna anda 'berpeluang' untuk 'bermula semula'; mencuba sesuatu yang 'baru'.
  • Kegagalan bukanlah bermakna Tuhan telah meninggalkan anda. Ia hanyalah bermakna dia 'mempunyai' rancangan yang 'lebih baik'. Jadi benarlah, kegagalan itu tidak pernah 'muktamad'.


108. Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Namun dengan hanya memberikan kemaafan sahajalah akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.

109. Luka di tangan nampak darahnya, luka di hati siapa yang tahu.

110. "Saya boleh memaafkan, tetapi tidak boleh melupakan", samalah seperti, "Saya tidak akan memaafkan". Kemaafan sepatutnya diberi seperti nota atau kontrak yang dibatalkan dan dikoyak kemudian dihapuskan terus supaya ia tidak dipersoalkan lagi pada masa akan datang.

111. Ubat yang paling mujarab bagi menghilangkan rasa benci dan dendam yang akan mendorong ke arah kemaafan adalah rasa kasih sayang.

112. Petua yang mendorong ke arah kemaafan.
(...dapatkan buku Motivasi Memburu Kejayaan untuk mengetahui selanjutnya...)

113. Kebahagian rumahtangga adalah anak kunci segala kejayaan hidup.

114. Berkahwin itu mudah, tetapi untuk mengekalkan sesuatu perkahwinan itu amatlah sukar.

115. Selain perhatian dan kasih sayang, masakan juga memainkan peranan penting dalam menyimpul kasih sayang. Seorang isteri perlulah menyediakan pelbagai resipi yang lazat untuk memikat hati suami dan keluarga.

116. Resepi perkahwinan bahagia.
(...dapatkan buku Motivasi Memburu Kejayaan untuk mengetahui selanjutnya...)

117. Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya dan yang paling baik di antara kamu ialah yang paling baik kepada isterinya.

118. Petua bagi menjamin kehangatan dan menyemarakkan perkahwinan.
(...dapatkan buku Motivasi Memburu Kejayaan untuk mengetahui selanjutnya...)

119. Sekiranya kita pernah melukakan hati seseorang, mohonlah kemaafan dan sekiranya kita tidak dapat meluahkan rasa kekesalan yang terbuku di hati, hantarkan nota MINTA MAAF bagi menggantikan ucapan.

120. Peluklah anak-anak sekerap yang mungkin kerana anak-anak yang kurang disentuh dan dipeluk akan mudah jatuh sakit.

121. Tidak ada satu kejayaan pun yang boleh dicapai tanpa pengorbanan. Kita mesti sanggup mengorbankan 'sesuatu' untuk mendapatkan 'sesuatu' yang lebih besar dan lebih baik.

122. Untuk menjadi orang berjaya, kita perlu jadikan diri kita orang yang berbeza - lebih kuat, cekal, berdaya tahan dan kebal - menghadapi sagala dugaan dan kepayahan.

123. Segala masalah, kesusahan mahupun kegagalan sebenarnya adalah sementara. Lambat-laun ia akan berakhir juga dan akan timbul pula kejayaan dan kesenangan.

124. Anak kunci kecemerlangan kerjaya, kemajuan, kualiti dan produktiviti ialah keseronokan bekerja. Keseronokan bekerja adalah rahsia mencapai kejayaan dan kekayaan.

125. Sekiranya kita ingin mencapai kejayaan, kenaikan pangkat, gaji yang lumayan dan sebagainya, kita haruslah menanam tabiat membuat kerja lebih daripada apa yang dibayar. Akhirnya, kita akan dibayar lebih daripada apa yang kita kerjakan. Ini merupakan prinsip kejayaan dalam kerjaya, undang-undang alam, undang-undang timbal balas.

126. Undang-undang timbal balas, "berapa banyak usaha yang kita pertaruhkan dalam pekerjaan dan kehidupan kita, maka sebanyak itulah yang kita akan dapat balik. Kalau kita kerja setakat RM500, maka RM500 yang akan kita terima. Kita tidak akan dapat RM5000 kerana usaha kita tak sampai ke tahap itu. Oleh itu, jika kita mahukan lebih pendapatan, lebihkan jam kita bekerja dan lipat gandakan usaha kita, insyaallah.

127. Dengan adanya perasaan minat, suka dan cintakan kerja, seseorang itu akan dapat menunjukkan dan melakukan kerja yang lebih cemerlang, cekap, berkualiti serta pantas di samping menyerlahkan segala bakat dan kebolehan dirinya. Menurut kajian, penduduk dunia hanya menggunakan 10% sahaja daripada kebolehan serta keupayaan mereka dalam kerjaya.

128. Orang yang menikmati keseronokan bekerja akan bekerja tanpa mengira waktu, tidak berasa bosan dengan kerja yang disukainya sehingga kadang-kadang tidak menghiraukan makan minum dan lupa waktu tidur.

129. Mengikut undang-undang bekerja, "semakin tinggi tahap keseronokan kita bekerja, semakin tinggilah ganjaran kewangan yang bakal kita terima kelak. Semakin tidak seronok kita bekerja, semakin kuranglah pulangan wang yang bakal kita terima dan semakin kuranglah produktiviti dan kualiti kerja kita".

130. Jika kita bekerja semata-mata untuk makan gaji sahaja, memang cukup bulan kita akan terima gaji. Tetapi sekiranya setiap hari kita datang bekerja dengan penuh semangat untuk menaikkan syarikat dan jabatan serta diri kita sendiri, kita akan mendapat manfaat sepenuhnya.

131. Tujuan kita bekerja:

  • Bekerja untuk mendapatkan gaji bagi menyara kehidupan, keluarga dan anak-anak kita.
  • Bekerja untuk menaikkan nama syarikat atau jabatan kita.
  • Bekerja untuk belajar dan mencari pengalaman.
  • Bekerja kerana kita seronok bekerja dan secara tidak langsung meningkatkan produktiviti, keuntungan dan imej jabatan kita.


132. Pekerja yang disayangi oleh majikannya adalah mereka yang berusaha memahami kehendak majikannya dan berusaha mencapai matlamat syarikat serta menaikkan imej kedua-duanya.

133. Sebuah kejayaan itu terlalu mahal harganya, malangnya kita tidak boleh membelinya dengan wang ringgit.

134. Kita boleh menjual apa saja dan kepada sesiapa saja. Bila-bila masa saja dan berapa harga sekalipun sekiranya kita boleh 'menjual diri kita'.

135. Ciri-ciri keusahawanan tulen
(...dapatkan buku Motivasi Memburu Kejayaan untuk mengetahui selanjutnya...)

136. Petua menjadi jurujual yang baik dan profesional
(...dapatkan buku Motivasi Memburu Kejayaan untuk mengetahui selanjutnya...)

137. Bayaran yang paling LUMAYAN bagi kerja keras dan sukar di dunia ialah JURUJUAL dan gaji yang paling RENDAH bagi kerja yang paling senang ialah JURUJUAL.

138. Apa yang paling penting sekali di dalam dunia perniagaan ialah kita perlu memulakan sesuatu hari ini juga. Jangan bertangguh sehingga menunggu semuanya sempurna baru nak mulakan. Jadilah pemula, pereka dan pembina.

139. Tiga anak kunci utama prinsip perniagaan.
(...dapatkan buku Motivasi Memburu Kejayaan untuk mengetahui selanjutnya...)

140. Tip memulakan perniagaan. Jadikan diri kita pakar dalam sesuatu bidang, buat ujian dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah, kemudian mula merancang membuka kedai, pejabat dan sebagainya.

141. Sekiranya anda seorang usahawan dan perlukan wang (dan jika anda belum mendapatkannya) percayalah anda akan dapat. Sekiranya pihak bank berkata 'tidak' atau 'tak layak' (dan memang pun mereka sentiasa berkata 'begitu'). Janganlah berputus asa, kini sampailah masanya untuk menunjukkan BAKAT anda sebagai seorang USAHAWAN SEJATI dengan menjadikan diri anda seorang yang kreatif dan 'panjang akal'. Cari jalan. Jika satu pintu tertutup, masih ada banyak lagi pintu yang masih terbuka. USAHAWAN = USAHA.

142. Jika kita bebas daripada perasaan TAKUT, kita juga akan bebas untuk menikmati kehidupan.
Bebaskan diri kita daripada perasaan berikut:

  • Takut menghadapi kritikan.
  • Takut menghadapi kegagalan.
  • Takut menghadapi hakikat sebenar.
  • Takut kehilangan pekerjaan tetap.
  • Takut kehilangan kebebasan/kedudukan.
  • Takut menghadapi kemiskinan.
  • Takut menghadapi penyakit.
  • Takut kehilangan kasih.
  • Takut menghadapi usia tua.
  • Takut menghadapi kematian.


143. Usahlah hanya sekadar menjadi pemerhati kepada kejayaan orang lain. Rebutlah peluang perniagaan yang sentiasa terbuka luas di negara sendiri.

144. Punca setiap masalah adalah bermula daripada diri kita sendiri. Jalan penyelesaiannya juga berada pada tangan kita sendiri.

145. Petua terbaik untuk mencapai kejayaan, kebahagiaan dan kekayaan ialah "carilah bakat anda yang terbaik, kemudian perbaikinya sepanjang hayat anda dan jadikanlah ia sebagai modal kehidupan anda".

146. Jarang sekali kita lihat seseorang mencipta kejayaan yang tertinggi dan berprestasi terbaik sehingga usia mereka melewati 40 tahun kerana sebahagian besar usia terdahulunya dihabiskan untuk belajar, mengalami, menilai, berfikir, membuat keputusan dan melupakan perkara-perkara yang tidak wajar dan tidak benar.

147. Kejayaan yang datang dengan mudah, mudah pergi dengan cepat sekali.

148. Jangan terlalu tergesa-gesa untuk mencapai puncak tangga kejayaan, kerana setelah itu anda hanya dapat bergerak dalam satu arah sahaja - turun ke bawah! Anda akan 'lemas' jika berada di kemuncak kerana tidak sempat belajar segala peraturan, perundangan dan pengurusan pendakian kejayaan yang berkekalan.

149. Profil seorang yang kaya ialah, bekerja kuat, tabah, bijak dan yang paling utama ialah disiplin diri.

150. Untuk berjaya dalam hidup - anda harus 'berjaya' menjadi diri anda sendiri - diri anda yang terbaik, terunggul!

151. Daya pemikiran 'minda' kita adalah terlalu berharga untuk disia-siakan. Melainkan pada apa yang terbaik dan berfaedah. Tumpukan pada mencipta 3K (kejayaan, kebahagiaan, kekayaan).

152. Anda akan kehilangan kedamaian fikiran jika terlalu mengejar kedudukan, kebendaan dan kekayaan.

153. Senyuman merupakan perkara 'kecil' yang dapat membuahkan hasil dan kesan yang 'besar'. Ia membahagiakan dan mententeramkan. Hiasi senyuman anda dengan keikhlasan dan kasih sayang.

154. Ingatlah. Wang adalah hamba. Anda adalah tuannya.

155. Wang mesti diedarkan, dibahagikan. Jika tidak ia menjadi 'tidak berguna', tidak bernilai seperti 'surat khabar lama', tin kosong, ia harus digunakan, dikongsi, dinikmati dan mesti dibahagi-bahagikan, diedarkan dengan sewajarnya kerana kekayaan menghasilkan kekayaan.

156. Bantuan dan pertolongan yang anda berikan kepada yang amat memerlukan, akhirnya akan dapat memberikan ganjaran yang berlipat-ganda. Undang-undang timbal-balas.

157. Jangan sekali-kali meminjam wang daripada kawan atau memberi pinjaman kepada kawan. Pergilah ke bank. Itulah sebabnya bank diwujudkan.

158. Perniagaan bukannya 'wang'. Perniagaan adalah 'orang'. Perbaiki kemahiran kemanusiaan anda.

159. Menjadi muflis atau bankrap bersifat sementara. Menjadi miskin pula merupakan keadaan minda atau pemikiran seseorang. Berterusan menjadi miskin merupakan 'dosa'.

160. Kita boleh buat pelbagai alasan atau kita juga boleh buat duit. Tetapi ingatlah, kita tidak boleh membuat kedua-duanya pada waktu yang sama.

161. Kekayaan selalu bermula dari dalam fikiran anda!

162. Pendidikan yang paling praktikal ialah melatih diri kita untuk melakukan apa yang harus dilakukan, bila dan sama ada kita mahu atau suka melakukannya ataupun tidak. Laksanakanlah!

163. 10 cara untuk mendapatkan keyakinan diri.
(...dapatkan buku Motivasi Memburu Kejayaan untuk mengetahui selanjutnya...)

164. Bagaimana melepaskan diri daripada tabiat bimbang.
(...dapatkan buku Motivasi Memburu Kejayaan untuk mengetahui selanjutnya...)

165. Bagaimana membolehkan orang menyukai anda.
(...dapatkan buku Motivasi Memburu Kejayaan untuk mengetahui selanjutnya...)

166. Impian hanya akan tinggal impian semata-mata sekiranya kita tidak sanggup BERTINDAK menjadikan impian kita sebuah kenyataan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...