Saturday, August 13, 2011

Susah Tapi Boleh

Tajuk: Susah Tapi Boleh
Penulis: Dharma Mulya
Terbitan: SMC Training & Consultancy Sdn Bhd
Harga: RM37.00
Halaman: 250 mukasurat


Kandungan

1. Kenapa anda mesti menjadi senang.
2. Anda dan wang.
3. Anda dan keinginan anda - Matlamat.
4. Anda dan persekitaran - Makan gaji vs berniaga.
5. Perkataan paling ajaib di dunia - Sikap.
6. Sanggup - Senjata para jutawan.
7. Jaminan kejayaan - Berani.
8. Kenapa anda gagal.
9. Apa saja - Termasuk halangan dan risiko.
10. Mula hidup senang - Sekarang!
11. Tindakan anda setelah berjaya.
12. Kesan kejayaan.


Fakta Menarik

1. Lakukan lebih dari apa yang perlu anda lakukan. Barulah anda mempunyai nilai diri yang tinggi.

2. Bertanyalah sebanyak mungkin, kerana anda mahu sesuatu itu betul apabila pertama kali anda melakukannya.

3. Harapkan kesempurnaan tetapi jangan anda mengharapkan bahawa ia akan berlaku dengan sendirinya. Pastikan anda teliti ketika anda melakukan sesuatu.

4. Ramai di antara kita lebih suka berehat-rehat daripada bekerja, melancong daripada mencari jalan untuk menambah pendapatan, berbelanja daripada menabung, memikirkan apa yang ada sekarang daripada apa yang perlu ada esok, melihat orang lain berjaya dan bukan melihat diri sendiri berjaya, memberi alasan daripada berusaha dan bermacam-macam keadaan yang boleh menjadi batas untuk menjadikan anda senang.

5. Petua orang-orang kaya, "... jangan risau pasal wang, nanti fikiran berkecamuk, berserabut hingga tidak boleh memikirkan cara untuk mendapatkan wang".

6. Cara pemikiran untuk mengalihkan kerisauan tentang wang, "... wang... no problem, kalau saya cari pasti dapat. Hanya orang bodoh yang risaukan wang. Saya orang pandai".

7. Wang sentiasa ada dan bersedia, hanya anda perlu mengambilnya sahaja. Anda hanya perlu "menyeru duit" - menyeru bukan dalam erti kata memakai bomoh tetapi menggunakan akal, perkhidmatan, tenaga dan kebolehan. Jika mengambilnya pun anda tak sudi, apa sebenarnya yang nada tunggu? Menunggu wang melayang nasuk terus ke dalam poket anda?

8. Hukum Interia. Pergerakkan ke arah pengumpulan wang yang lebih banyak. Hukum Tarikan. Setiap satu perkara menarik perkara lain akan terjadi secara semula jadi. Wang anda yang sedikit akan menarik wang yang lebih banyak, asalkan anda mengusahakannya. Yang ada akan menarik yang lain.

9. Something which is too good to be true is ... usually too good to be true.

10. Cara mudah (asas) untuk berada di jalan untuk menjadi orang kaya.
- dapatkan buku ini untuk mengetahuinya.

11. Jangan sekali-kali membazir. Berjimat sebelum habis jauh lebih baik daripada berjimat sesudah berbelanja kerana selalunya tida ada apa lagi yang boleh dijimatkan setelah berbelanja.

12. Kebanyakkan orang hanya mempunyai keinginan dan harapan. Manakala orang yang yakin pula mempunyai matlamat dan rancangan yang teratur. - Brian Tracy.

13. Anda ingin berjaya di dalam hidup anda? Caranya mudah. Pertama bina matlamat anda. Kedua berani memburunya. - Paul Getty.

14. Lupakan apa yang diperkatakan oleh persekitaran anda tetapi ikutilah apa yang diperkatakan oleh keinginan anda.

15. Matlamat yang tepat adalah diibarat seperti satu daya atau kuasa yang akan memimpin dan mengawal perjalanan anda ke arah impian yang hendak anda capai. Dengan adanya matlamat, segala usaha dan tindakan yang akan anda lakukan akan terkawal dan segala usaha yang anda lakukan akan mejurus ke arah mencapai matlamat yang telah anda rancang.

16. Kemajuan tidak mungkin akan berlaku jika tidak berlaku perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran mereka tidak akan dapat mengubah apa-apa. - G.B Shaw.

17. Manusia di dalam kehidupannya akan tetap mempunyai satu keinginan iaitu pada satu masa dan ketika yang akan datang, dia berkeinginan untuk menjadi seorang ahli perniagaan.

18. Tidak ada cara lain bagi manusia untuk mula bertindak mendapatkan wang yang lebih kecuali manusia itu mengubah cara dirinya berfikir terhadap jumlah wang yang akan diterima.

19. Sijil persekolahan hanyalah bukti bahawa anda berkebolehan untuk belajar. Pelajaran yang paling penting ialah bagaimana untuk capai keinginan sebenar di dalam kehidupan.

20. Walaupun manusia sudah mengkaji, sudah membuat perbandingan dan terbukti sesiapa yang menceburkan diri di dalam dunia perniagaan pasti mempunyai masa depan yang lebih cemerlang, tetapi masih terlalu ramai yang memilih untuk makan gaji sebagai satu-satunya cara untuk mendapatkan wang.

21. Manusia boleh mengubah kehidupan diri mereka hanya dengan mengubah sikap yang ada di dalam pemikiran mereka. - William James.

22. Winners, don't do different things... they just do things differently. - Shiv Khera.

23. Sikap adalah ibarat jendela. Melalui jendela inilah yang akan menentukan bagaimana anda akan melihat dunia di sekeliling anda.

24. Berjaya adalah satu pilihan dan gagal juga satu pilihan. Apabila seseorang itu berkata bahawa dia tiada pilihan, maka ini juga merupakan satu bentuk pilihan. Pilihan ini terletak pada sikap anda.

25. Sikap yang membezakan di antara mereka yang berjaya dengan mereka yang gagal. Sikap juga yang menghidupkan semula semangat mereka yang pernah gagal untuk terus berusaha untuk mencapai kejayaan dan sikap jugalah yang akan menentukan faktor bahawa yang telah berjaya itu akan terus berjaya.

26. Untuk mendapatkan apa yang anda hajati, anda mestilah sanggup untuk melakukan apa sahaja yang diperlukan (yang baik) bagi mencapai hajat anda itu.

27. Menggunakan keajaiban sanggup.
- dapatkan buku ini untuk mengetahuinya.

28. Perolehi suasana sanggup dengan sentiasa melihat, mendengar, merasakan orang yang rajin bekerja dan mereka yang tidak sika bertangguh. Dekati mereka - tidak lama kemudian anda juga akan menjadi seperti mereka. Suasana sanggup sudah pasti akan dapat mempengaruhi diri anda untuk menjadi seorang manusia yang sanggup.

29. Dengan sanggup datang juga bersamanya keberanian, kesungguhan dan ketekunan. Dengan sanggup, fikiran akan terbuka luas, memikirkan apa sahaja jalan atau cara untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

30. Ribuan manusia akan menghadapi kegagalan di dalam hidup semata-mata kerana mereka tidak berani untuk membuat perubahan di dalam kehidupan mereka. - Mike Murdock.

31. Nikmat kehidupan adalah perjuangan. Nikmat perjuangan adalah kemenangan. - Prof. Hamka.

32. Jangan sekali-kali anda lari daripada masalah yang anda hadapi tetapi sebaliknya anda mesti BERANI MENGHADAPINYA.

33. Berani adalah sifat yang paling mulia pada diri seorang manusia. Berani adalah jiwa yang tenang dan hidup. Berani adalah tenaga yang akan menghadapi siang sebelum tibanya malam. Berani adalah kehidupan sebenar malahan nyawa anda sendiri. Anda telah dilengkapi dengan sifat ini supaya impian akan dapat ditukarkan menjadi kenyataan.

34. Orang-orang yang tidak berjaya untuk mencipta kejayaan di dalam hidupnya mempunyai sesuatu yang serupa. Mereka semuanya tahu kenapa mereka gagal. - Napolean Hill.

35. Anda harus berpegang pada prinsip, "hari ini pasti akan menjadi lebih baik daripada semalam".

36. "Susahlah..." demikianlah kata mereka yang suka membuat anggapan awal. Apa yang pelik, kata-kata itu diucapkan sebelum sesuatu kerja itu dilakukan. Bagaimana mereka tahu susah atau senangnya melakukan sesuatu pekerjaan itu tanpa dilakukan dahulu. Anggapan awal yang bersifat negatif sebegini kerap menyebabkan banyak perkara yang baik tidak anda laksanakan. Anda hanya memikirkan yang susahnya dahulu sebelum sebarang usaha dapat anda lakukan.

37. Kisah seorang kanak-kanak yang telah mengubah dunia...
- dapatkan buku ini untuk mengetahuinya.

38. Thomas Edison telah gagal hampir 10,000 kali sebelum beliau mencipta pelbagai kejayaan semasa hidupnya.

39. Anda yang menguasai diri anda sendiri, bukannya orang lain. Jangan sesekali anda salah-gunakan kuasa yang ada di tangan anda untuk menjuruskan anda ke arah kegagalan. Dan jangan sekali-kali anda membuat anggapan awal.

40. Everyone knows about success BUT they do not want to talk about success, because beneath success comes a lot of hard work.

41. Jangan sekali-kali anda mengalah sebelum anda mencuba. Anda perlu sematkan di fikiran anda bahawa anda tidak menjadi semakin muda. Apabila setiap hari berlalu, bermakna hidup anda menjangkau ke usia tua dan semakin singkat pula masa yang ada pada anda untuk melakukan sesuatu.

42. Jika anda terus menyimpan sifat suka bertangguh, sudah pasti anda sendiri akan dapat meneka apa yang akan terjadi pada penghujung kehidupan diri anda. Jika anda terus bertangguh, anda akan hilang ditelan zaman. Mungkin kelak ada seseorang menulis pada batu nisan anda yang berbunyi: "Di sinilah terkuburnya seorang manusia yang tidak sempat melakukan apa-apa."

43. Dengan hanya merasa malas di hati, fizikal anda akan turut menjadi malas dan sudah pasti fikiran anda akan turut menjadi malas. Dengan sifat malas itu, segala apa yang anda impikan akan terus menjadi impian. Sebaliknya, jika anda tukar sikap anda daripada malas menjadi rajin, segala apa yang anda impikan itu akan menjadi kenyataan.

44. Punca kegagalan menurut Napoleon Hill dalam bukunya yang bertajuk Think anda Grow Rich.
- dapatkan buku ini untuk mengetahuinya.

45. Apa yang penting, anda mesti mengakui bahawa kehidupan anda hari ini bukanlah kehidupan yang telah berlalu. Sekiranya anda masih percaya pada keadaan masa lalu, bererti itulah pembentuk keadaan anda pada hari ini. Akan terpahat di pemikiran anda bahawa esok anda akan tetap menjadi seorang manusia yang serupa.

46. Pepatah ada mengatakan, "... sekiranya anda merancang bererti anda melangkah ke arah mencapai kejayaan dan sekiranya anda gagal merancang bermakna anda sedang melangkah menuju ke arah kegagalan".

47. Cara atasi halangan dan risiko.
- dapatkan buku ini untuk mengetahuinya.

48. Anda perlu mengetahui halangan dan risikonya terlebih dahulu sebagai persediaan untuk diri anda sendiri. Orang yang sentiasa bersedia akan menjadi lebih berjaya daripada orang yang tidak mempunyai apa-apa persediaan. Anda mestilah membuat perancangan untuk menghadapi segala halangan dan risiko yang bakal anda hadapi.

49. Tidak akan ada sesiapa yang akan mengubah nasib diri anda kecuali anda sendiri yang mengubah nasib diri anda.

50. Success is a Journey... not a Destination.

51. Selalu ajukan soalan BAGAIMANA dan elakkan dari bertanya MENGAPA. Soalan BAGAIMANA, memberi idea. Soalan MENGAPA, memberi alasan. Soalan BAGAIMANA adalah soalan kreatif, jadi anda berhak mendapat jawapan yang juga kreatif. Soalan MENGAPA adalah soalan orang miskin, jadi anda berhak untuk terus miskin.

52. Ada yang menyatakan, "...kalau anda menolong orang lain membuat duit, anda juga akan mendapat lebih banyak duit!" Renungkan sejenak kata-kata ini, pasti anda akan mengakui kebenarannya.

53. Untuk melakukan sesuatu kebaikan, sikap suka bertangguh itu amat dilarang, tetapi untuk menghindarkan keburukan, sifat bertangguh itu amat digalakkan.

54. Makna kekayaan ialah pertama, perjalanan yang mudah. Kedua, boleh memberi pada yang layak tanpa mengharapkan balasan. Ketiga, dapat membantu orang yang benar-benar memerlukan bantuan tanpa perlu risau duit akan habis.

55. Allah SWT tidak menurunkan rezeki secara terus kepada anda tetapi ia berjalan daripada tangan manusia ke tangan manusia yang lain dan akhirnya ia akan sampai pula ke tangan kita.

56. Orang-orang yang berjaya akan menbentuk tabiat-tabiat diri yang tidak dilakukan oleh mereka yang sering gagal. - Jackson King.

57. Sama ada ketika anda sedang berusaha untuk mencapai kejayaan, ataupun setelah anda berjaya, sentiasa ingatkan kepada diri anda bahawa hidup anda tidak akan hanya berakhir di sini. Akan ada satu kehidupan lain yang PASTI menanti anda.

58. Kita akan terus menjadi orang yang gagal sekiranya kita tidak boleh menerima kegagalan dan gagal pula untuk berubah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...