Showing posts with label Books. Show all posts
Showing posts with label Books. Show all posts

Monday, March 2, 2015

Lima Hukum Emas

Spotlight

1. Emas datang dengan mudah. Emas bertambah kepada sesiapa yang menyimpan tidak kurang satu per sepuluh daripada pendapatannya bagi mencipta harta untuk diri dan keluarga.

2. Emas dapat bekerja dengan gigih untuk pemilik bijak bagi mendapatkan pekerjaan menguntungkan, serta menggandakan emas sebanyak dan seluas padang.

3. Emas berpegang pada pemilik yang berhati-hati melaburkannya atas nasihat orang yang bijak mengurus emas.

4. Emas akan terlepas daripada orang yang melabur dalam perniagaan, ataupun tujuan yang mereka tidak biasa, ataupun yang tidak dipersetujui oleh orang yang mahir menyimpan emas.

5. Emas akan lesap daripada orang yang memaksa mendapatkan pendapatan di luar kemampuan, ataupun menurut nasihat penipu yang licik, ataupun menyerahkannya kepada nafsu, dan tidak berpengalaman dalam pelaburan.

-The Richest Man In Babylon-

Monday, August 22, 2011

Motivasi Memburu Kejayaan

Tajuk: Motivasi Memburu Kejayaan
Penulis: Datuk Maznah Hamid
Terbitan: Maznah Motivation Centre
Harga: RM29.00
Halaman: 280 mukasurat

Kandungan

1. Matlamat
2. Sikap positif
3. Gambaran mental
4. Bina imej diri
5. Bangunkan potensi diri
6. Erti sebuah kemaafan
7. Rumahtangga bahagia
8. Kerja kuat bawa kejayaan
9. Ciri-ciri keusahawanan tulen
10. Maju diri maju negara

Edisi Bonus

Mencipta 3K
Petua dan strategi berkesan mencipta 3k
Resipi kejayaan
Fikirkan boleh

Fakta Menarik

1. Matlamat adalah kompas kehidupan. Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa nakhoda hanyut di tengah lautan, terumbang-ambing dipukul arus dan gelombang kehidupan.

2. Apabila anda tahu arah tujuan anda, sesungguhnya anda telah separuh jalan ke sana.

3. Hidup tanpa sebarang matlamat tidak ubah seperti kapal yang tiada nakhoda, terumbang-ambing dipukul gelombang, hanyut di tengah lautan. Kalau bernasib baik, maka terdamparlah ia di tepian pantai dan jika sebaliknya, hanyutlah ia dipukul ombak dan badai yang akhirnya akan tenggelam.

4. Matlamat adalah untuk dimiliki dan dinikmati sebagai memenuhi kehendak psikologi manusia kerana pencapaiannya akan menimbulkan perasaan bangga, gembira dan kepuasan kepada diri kita.

5. Anak kunci kejayaan diri dan kehidupan bermula dengan wujudnya tujuan hidup atau matlamat. Hanya dengan mempunyai matlamat yang jelas, spesifik dan realistik, barulah timbul semangat, motivasi dan kesedaran seseorang mengenai betapa pentingnya mencapai matlamat.

6. Wujudkan matlamat dan berusahalah secara positif untuk memburu kejayaan. Anggaplah tidak ada apapun yang mustahil untuk dicapai.

7. Sekiranya anda tahu bahawa anda tidak mungkin gagal, apakah pilihan dan tindakan anda?

8. Apa yang kita lakukan hari ini akan menentukan dan mencorakkan masa depan kita, lakukan yang terbaik.

9. Gantungkan gambar rumah atau kereta yang menjadi idaman di dalam bilik tidur kita (ambil gambar berdiri disebelah kereta) supaya apabila kita bangun daripada tidur, kita nampak matlamat kita itu. Secara tidak langsung ia akan memotivasikan diri kita dengan memberi semangat untuk berusaha mendapatkannya.

10. Orang-orang yang tidak kenal akan dirinya, dia tidak kenal Tuhannya dan tidak ada iman dalam dirinya. Orang yang demikian hidupnya sering gagal dan hidupnya seperti burung dalam sangkar.

11. Mengapa matlamat tidak pernah tercapai?
(...dapatkan buku Motivasi Memburu Kejayaan untuk mengetahui selanjutnya...)

12. Cara melatih diri merancang matlamat.
(...dapatkan buku Motivasi Memburu Kejayaan untuk mengetahui selanjutnya...)

13. Tanpa bayangan positif adalah mustahil bagi kita untuk mencapai matlamat yang telah kita tetapkan. Kita tidak tahu apakah sebenarnya yang kita kehendaki?

14. Menetapkan matlamat.
(...dapatkan buku Motivasi Memburu Kejayaan untuk mengetahui selanjutnya...)

15. Matlamat anda mestilah jelas, tepat dan praktikal serta dibuat secara hitam putih. Bacalah matlamat anda berulang kali setiap hari.

16. Apa yang kita lakukan hari ini akan menentukan dan mencorakkan masa depan kita.

17. Matlamat adalah peta kehidupan. Matlamat yang dibuat tanpa diiringi dengan tindakan, tidak akan menghasilkan suatu apa pun.

18. Sikap dan tabiat adalah satu perkara kecil yang boleh memberikan perbezaan besar dalam hidup. Kita boleh mengubah hidup dengan cara mengubah pemikiran, perasaan dan tindakan kita - perubahan sikap. "Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubah diri mereka sendiri" - ar-Rad: 11.

19. Anda menjadi seperti apa yang anda fikirkan. Bagi menukar keputusan, tukar pemikiran, perasaan dan tindakan.

20. Orang yang berjaya mempunyai ciri-ciri kesedaran yang lebih, mereka sentiasa mempamer dan mempraktikkan kesedaran diri yang positif.

21. Orang yang bakal gagal adalah orang yang tidak sedar atau tidak mahu mengetahui keadaan di sekeliling. Mereka juga tidak sensitif terhadap kehendak atau perasaan orang lain.

22. Setiap insan merupakan individu yang unik. Kita berbeza dari segi pemikiran, perasaan dan tindakan.

23. Janganlah kita over react terhadap sesuatu yang belum terjadi dan melayan api kemarahan yang menyala-nyala sehingga kita mengalami masalah seperti migrain, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya.

24. Kesedaran diri yang positif ialah menyedari bahawa orang yang tidak membaca itu sama seperti orang yang tidak tahu membaca (buta huruf). Orang yang tidak berkemahuan untuk terus belajar dan tidak ingin memperbaiki dan membangunkan dirinya samalah seperti insan kerdil yang sememangnya tidak boleh membesar lagi.

25. Apa saja matlamat atau objektif yang ingin kita capai, arah haluannya akan disediakan oleh sikap kita. Paling penting kita mesti mengkritik diri kita sendiri.

26. Usah berkata, tak bolehlah... tengoklah dulu... dah terpaksalah... sekejap lagilah... susahlah... tak yakinlah... tak apalah... seganlah... benci! benci!... dah nasib badan. Ransangan negatif lahirkan personaliti negatif.

27. Katakan, aku boleh!... aku pasti cuba!... ini satu cabaran!... sekarang juga!... cuba lagi!... pasti berjaya!... jangan tangguh!... buktikan!... kasih... aku pasti berjaya! Ransangan positif lahirkan personaliti positif.

28. Jangan jadi orang yang mudah marah. Sesetengah orang menghabiskan masa memikirkan kesilapan pada masa lampau yang mana tidak mungkin dapat diperbaiki lagi.

29. Mulakan program harian pada awal pagi dengan rasa ceria. Usahakan supaya kita rasa gembira sebaik saja kita bangun tidur. Elakkan mendengar berita yang buruk dan malang pada pagi hari. Banyakkan mendengar muzik dan lagu-lagu kegemaran kita yang menyegarkan dan dapat memberi perangsang dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun mendengar kaset motivasi kejayaan diri.

30. Orang yang tahu rahsianya (bersikap positif) sedar bahawa diri mereka berkuasa. Seboleh-bolehnya jadikan hari ini hari yang paling baik bagi kita.

31. Tabiat dan sikap kita bukan seperti ukiran pada batu yang kekal. Diri kita mempunyai kuasa untuk mengawal dan mengikis tabiat dan sikap negatif yang tidak membina. Tidak seorang pun yang boleh membantah pilihan kita kecuali diri kita sendiri.

32. Biasanya apa yang kita takutkan ataupun yang kita jangkakan benar-benar akan terjadi. Ini disebabkan kita secara tidak langsung akan bertindak balas mengikut arahan pemikiran kita. Sebenarnya kitalah yang memandu, mengarah dan mengawal kehidupan kita sendiri.

33. Apa yang terjadi dalam hidup kita tidaklah begitu penting dan besar, tetapi yang lebih penting bagaimana kita menganggapnya, menerimanya atau memandangnya.

34. Orang yang berjaya adalah orang yang menjadikan sesuatu atau menyebabkan sesuatu terjadi kepada diri mereka. Orang yang gagal membiarkan saja sesuatu terjadi.

35. Orang yang gagal sentiasa meratapi dan menyesali apa saja yang terjadi kepadanya tanpa menyedari dia yang membenarkan dan membiarkannya terjadi sedemikian.

36. Orang yang berjaya sentiasa rela bertanggungjawab menerima pujian dan kritikan atas segala perlakuan mereka.

37. Undang-undang 'sebab dan akibat' menyatakan bahawa bagi setiap 'sebab' wujud 'akibat' yang setimpal.

38. Golongan yang berjaya sentiasa berada pada stereng dan tidak berganjak dari tempat duduk pemandu. Golongan ini sentiasa mengawal pemikiran, perasaan, tindak-tanduk harian dan matlamat. Mereka menghabiskan masa mencipta kejayaan dan menerima hakikat bahawa mereka tidak mempunyai masa untuk dipersia-siakan.

39. Bertindak hari ini untuk kawalan diri yang lebih positif.
(...dapatkan buku Motivasi Memburu Kejayaan untuk mengetahui selanjutnya...)

40. Biasanya orang-orang yang pandai menjadi hamba orang, dan yang bijaksana menjadi ketua orang kerana orang pandai diajar oleh manusia (guru), tetapi orang yang bijaksana diajar oleh Tuhan.

41. Fikirkan 'Boleh', katakan 'Boleh', Pasti Boleh!

42. Gaji yang lumayan atau wang berjuta ringgit yang datang kepada kita itu sebenarnya bukan dicari, tapi diri kita yang berkeupayaan 'menariknya'. 'Pekerjaan' juga ingin memilih 'seseorang' yang cekap, sesuai dan memiliki kualiti yang terbaik sebagai bosnya. Fikirkanlah!

43. Hanya orang yang berkualiti, mempunyai ciri-ciri dan personaliti tertentu yang boleh menarik wang dan pekerjaan yang baik, pangkat besar, bisnes besar, kereta besar, malah apa jua kejayaan kepada mereka.

44. Jika kita tidak ada rasa sayang dan menghargai diri kita sendiri, jangan harap orang lain akan menyayangi dan menghargai diri kita. Jika kita sendiri tidak yakin dengan diri kita, maka janganlah kita harap, kita dapat meyakinkan orang lain. Sekiranya kita tidak hormatkan diri kita, janga harap orang lain akan menghormati diri kita.

45. Ramai diantara kita yang tidak mempunyai ketetapan dan keteguhan hati yang kuat, tetapi hanya membiarkan keputusan hidup mereka ditentukan oleh takdir, nasib atau ramalan bintang-bintang.

46. Kita berada di tempat duduk pemandu dan memandu kehidupan kita.

47. Tidak kira dari mana datangnya kita, asal-usul kita, dari hulu mana pun kita, anak siapakah kita ini, nelayan, petani atau penoreh getah, tidak kira apa kedudukan keluarga kita ketika ini, broken home atau miskin, tetapi yang pentingnya apa yang boleh kita jadikan diri kita ini. Hanya diri kita sendiri yang dapat mengubah kehidupan dan masa depan kita.

48. Fikirkan permusuhan, kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih, maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan.

49. Sejak dilahirkan hingga mencapai umur 18... seseorang anak gadis memerlukan ibu bapa yang baik. Dari usia 18 hingga 35 tahun... dia memerlukan personaliti yang baik. Dari usia 55 tahun ke atas... dia memerlukan wang!

50. Kita akan jadi apa yang kita fikirkan. Setiap masa (sekerap mungkin) gambarkan dalam pemikiran kita seolah-olah kita telah menjadi orang yang kita ingin jadi, kemudian rangsangkan urat saraf kita untuk merasai dan bertindak mengikut gambaran mental sebagai orang yang kita ingin jadi, melalui minda separuh sedar kita, yang amat berkuasa memproses impian kita!

51. Berhati-hatilah memilih matlamat dan 'mengisi minda', kerana anda akan menjadi seperti apa yang anda fikirkan!

52. Sekiranya kita memikirkan persahabatan, kita akan 'menarik' sahabat. Sekiranya kita memikirkan kasih, maka kita akan dikasihi dan sekiranya kita memikirkan benci, maka kita akan dibenci. Inilah undang-undang persamaan.

53. Fikirkan permusuhan, kita akan dimusuhi. Jika kita fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi, sekiranya kita fikirkan kasih sayang, maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita perlu menjadi seperti apa yang kita fikirkan.

54. Pemikiran atau gambaran mental adalah pusat jana kuasa yang mengawal kehidupan dan menentukan masa depan kita.

55. Harta yang paling bernilai kepada setiap insan ialah imej dirinya. Apa yang difikirkan, dirasakan mengenai dirinya, itulah yang dipamerkan kepada dunia... Imej Diri.

56. Diri kita sebenarnya adalah TIGA orang: - anggapan kita terhadap diri sendiri. - diri kita pada kaca mata orang lain. - diri kita yang sebenar.

57. Apabila kita mempunyai imej diri yang meyakinkan dan berani, maka kita akan menyatakannya melalui tindak-tanduk kita, iaitu melalui cara kita mengendalikan diri seperti cara berpakaian, cara berjalan atau bercakap yang akan digambarkan melalui personaliti kita.

58. Jika kita tidak dapat menyintai diri kita, bagaimana kita boleh menyintai dan memberikan kasih sayang kepada orang lain. Kita tidak mungkin dapat memberikan sesuatu yang tidak kita miliki.

59. Kita hanya boleh menuai apa yang kita tanam. - Undang-undang persamaan (universal law of consistency)

60. Kita telah dilahirkan Allah kaya dengan segala kelengkapan minda, pancaindera dan rohani untuk menjadikan kita seorang yang berjaya. Tuhan mencipta kita untuk berjaya, hidup senang dan bahagia. Bukan sebaliknya!

61. Seluruh kehidupan kita berlegar di sekitar imej kita. Sesebuah syarikat mempunyai imej korporatnya, maka setiap individu juga mempunyai imejnya yang tersendiri. "Brand"nya yang tersendiri.

62. Imej diri terbentuk melalui empat elemen penting, iaitu rasa penghormatan dan penghargaan terhadap diri, percakapan terhadap diri, disiplin serta kawalan diri.

63. Sekiranya kita tidak ada rasa hormat terhadap diri kita, maka janganlah berharap orang lain akan menghormati diri kita. Sekiranya kita tidak berasa yakin pada diri sendiri, pasti orang lain juga tidak akan yakin pada diri kita. Sekiranya kita tidak mempunyai rasa kasih dan cinta terhadap diri kita, maka janganlah harap orang lain akan mengasihi dan mencintai diri kita.

64. Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam atau terguris dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya, mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya.

65. Individu yang bahagia dan berasa puas mempunyai sifat-sifat seperti berikut:

  • mendapati perasaan mereka berada dalam suasana harmoni yang akan merangsang anggota badan untuk bertindak secara harmoni.
  • mendapati diri mereka disukai, dikehendaki dan dapt diterima oleh semua orang.
  • dapat menerima hakikat kehidupan dengan penuh rela dan menerima diri mereka seperti seadanya.
  • mempunyai perasaan mengambil berat terhadap individu lain.
  • mempunyai ilmu pengetahuan yang banyak dan sentiasa mempraktikan apa yang dipelajari, kemudian sedia berkongsi dengan orang lain.


66. Orang yang terluka emosi menganggap dunia yang didiami ini sebagai medan permusuhan. Orang begini bersikap tidak peramah dengan orang lain, sentiasa menunjukkan sikap kecewa, memberontak, hampa, sentiasa kesunyian dan dilanda kebosanan hidup.

67. Kita perlu belajar memaafkan diri kita sendiri atas kesilapan, kesalahan dan kegagalan lalu kerana hakikatnya kita bukanlah manusia yang sempurna dalam serba-serbi.

68. Setiap hari berusahalah untuk membina imej diri yang harmoni dan meyakinkan. Rasakan diri kita sebagai insan yang baru, penuh dengan perasaan kasih dan hormat terhadap diri kita sendiri. Fikirkan segala kejayaan dan kebaikan yang telah kita lakukan selama ini.

69. Sesetengah orang mudah berkecil hati dan sensitif pada perkara-perkara kecil yang remeh-temeh. Ini menyebabkan orang yang berhadapan dengannya terpaksa lebih berhati-hati daripada segi tindakan dan perkataan demi menjaga perasaan individu tersebut daripada tersinggung. Ada kalanya kita terpaksa 'berselindung' demi menjaga perasaannya. Orang yang begitu sensitif terdiri daripada mereka yang mempunyai rasa penghormatan diri yang amat rendah.

70. Tabahkan hatimu, kuatkan semangatmu, kebalkan emosimu, hadapi cabaran dengan keberanian.

71. Perasaan sakit hati, benci dan dendam adalah punca utama yang menyebabkan timbulnya pelbagai penyakit, baik daripada segi mental, emosi, mahupun fizikal. Ubat yang paling mujarab untuk menyembuhkannya hanyalah melalui kemaafan.

72. Dalam banyak-banyak kelakuan atau sifat manusia yang dikeji dan amat membinasakan adalah panas baran.

73. Seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah dan sebaliknya mempunyai sifat suka berjenaka dan mempunyai sifat semula jadi yang menyenangkan, sesungguhnya boleh menakluki nasib yang malang ataupun kecelakaan yang bakal menimpa dirinya.

74. Seseorang yang boleh membuatkan kita marah sebenarnya telah berjaya menguasai dan menakluki diri kita.

75. Panas baran akan menyakiti diri kita lebih daripada menyakiti orang yang kita marahi atau dendami.

76. Pakar psikologi mengatakan penawar yang paling berkesan untuk meredakan kemarahan ialah melengah-lengahkannya. Caranya, apabila kita berada dalam kemarahan, kita kira dari satu hingga sepuluh sebelum kita buka mulut dan sekiranya kita dalam keadaan terlalu marah, buat kiraan sehingga 100. Teknik ini dapat menyejukkan hati seseorang.

77. Jangan sekali-kali kita menulis, bertindak atau membuat sebarang keputusan apa pun sehinggalah api kemarahan kita reda kerana ketika ini kita boleh membuat keputusan mengikut hati dan perasaan dan bukannya berpandukan pemikiran. Sesungguhnya kemarahan bermula daripada kebodohan dan akan berakhir dengan penyesalan yang tidak berkesudahan.

78. Orang-orang yang beremosi, lekas marah, panas baran dan tidak sabar adalah mereka yang memiliki 'nafsu amarah'. Orang ini sentiasa cenderung atau terdorong kepada sifat bodoh, tamak, takbur, hasad, khianat dan pemarah.

79. Petua mengatasi sifat panas baran, pemarah dan tidak dapat mengawal perasaan marah:

  • kalau marah pada waktu duduk, bangun dan berjalan perlahan-lahan, pandang ke luar.
  • ucap berulang kali "Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar".
  • apabila perasaan marah datang, minum air sejuk segelas, kemudian buat senaman pernafasan.
  • apabila perasaan marah datang, pandanglah kuku di tangan.
  • redakan dengan mengambil wuduk.


80. Sesiapa yang boleh menumpaskan 'sesaat' rasa marah bererti ia boleh mengelakkan kemurungan sepanjang hari.

81. Pesan orang tua-tua, sekiranya kita berhadapan dengan orang yang panas baran atau kaki gaduh, biarkan dia 'bersendirian'.

82. Sekiranya anda sakit, menderita dan cacat ingatlah pesanan ini. Sifat keriangan dapat meringankan segala kesakitan, penderitaan dan boleh meringankan bebanan kecacatan diri kita.

83. Kajian telah membuktikan, 'rasa keriangan, kepuasan, kesyukuran dan ketenangan jiwa' dapat mengekalkan keceriaan wajah kita dan melenyapkan 'ketuaan' kita. Rahsia awet muda.

84. Senyumlah selalu kerana senyuman akan memberi ketenteraman jiwa kepada diri kita sendiri dan kepada orang yang menerimanya.

85. Orang yang tidak dapat memaafkan dirinya dan memaafkan segala kesalahan, keterlanjuran dan ketidaksempurnaannya, maka berkemungkinan dia akan menderita penyakit insomnia, migrain, ulser atau kanser dan yang paling ketara adalah sakit jiwa.

86. Kita dijadikan unik dan dilengkapkan dengan segala keupayaan untuk mencipta kejayaan. Kita mempunyai kebebasan memilih dan mengubah apa jua sikap negatif yang berada di dalam diri kita. Apabila kita mampu mengubah sikap kita, maka dunia juga akan turut berubah.

87. Hentikan rintihan, hentikan kesalan; sebaliknya bangunlah untuk mencabar keunikan, kecacatan atau penderitaan kita - cabar potensi diri anda!

88. Perasaan takut, bimbang dan curiga jika dilayan boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti migrain, ulser, keguguran rambut dan sakit sendi yang semuanya berpunca daripada tekanan jiwa yang menderitakan.

89. Perasaan sakit hati, benci dan dendam adalah punca utama yang menyebabkan timbulnya pelbagai penyakit baik daripada segi mental, emosi mahupun fizikal. Hindarilah ia sebelum ia memusnahkan diri kita.

90. Apabila menghadapi masalah, anggaplah diri kita lebih besar dan lebih tinggi daripada masalah itu dan bukan sebaliknya.

91. Hadapilah masalah dengan penuh kepintaran dan ketabahan! Ingatlah, Tuhan sentiasa bersama kita.

100. Langkah-langkah menghadapi masalah:
(...dapatkan buku Motivasi Memburu Kejayaan untuk mengetahui selanjutnya...)

101. Apabila menghadapi kegagalan, ingatlah bahawa yang gagal itu bukanlah diri kita, tetapi hanyalah 'percubaan kita'. Kegagalan sementara. Kejayaan adalah kegagalan yang diterbalikkan.

102. Otak kita akan bertambah 'tajam' sekiranya diasah selalu. Asahlah ia dengan menyelesaikan masalah demi masalah! Sesungguhnya orang yang berjaya terdiri daripada mereka yang bijak menyelesaikan masalah.

103. Walau apa sahaja bentuk kegagalan kita, sama ada masalah percintaan, gagal peperiksaan, gagal dalam perniagaan - itu semua bukan bererti kegagalan. Ia harus dianggap sebagai kekalahan sementara atau kesulitan sementara.

104. Gagal itu bukanlah diri kita, tetapi hanyalah percubaan kita.

105. Sesungguhnya kekecewaan dan kegagalan adalah sebahagian daripada asam garam kehidupan. Kejayaan sebenarnya adalah hasil daripada beberapa percubaan nekad yang disulami dengan kegagalan - trial and error.

106. Orang yang tidak pernah gagal itu adalah terdiri daripada mereka yang tidak pernah 'mencuba' dan tidak pernah melakukan sesuatu yang 'besar' dan 'luar biasa' - mereka hanya manusia biasa.

107. Erti sebuah kegagalan

  • Kegagalan bukanlah bererti anda seorang yang gagal. Ia hanya bererti anda 'masih belum' berjaya lagi.
  • Kegagalan bukanlah bererti anda tidak mencapai apa-apa. Ia sebenarnya bererti anda sudah 'mempelajari' sesuatu.
  • Kegagalan bukanlah bererti anda seorang bodoh kerana mencuba. Ia bererti anda 'berani', anda 'berhati teguh', 'bersemangat waja'. Berbanggalah dengan diri anda. Ia hanyalah bermakna anda 'memerlukan' sedikit lagi masa.
  • Kegagalan bukanlah bermakna anda kecundang. Ia hanyalah bermakna anda 'berpeluang' untuk 'bermula semula'; mencuba sesuatu yang 'baru'.
  • Kegagalan bukanlah bermakna Tuhan telah meninggalkan anda. Ia hanyalah bermakna dia 'mempunyai' rancangan yang 'lebih baik'. Jadi benarlah, kegagalan itu tidak pernah 'muktamad'.


108. Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Namun dengan hanya memberikan kemaafan sahajalah akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.

109. Luka di tangan nampak darahnya, luka di hati siapa yang tahu.

110. "Saya boleh memaafkan, tetapi tidak boleh melupakan", samalah seperti, "Saya tidak akan memaafkan". Kemaafan sepatutnya diberi seperti nota atau kontrak yang dibatalkan dan dikoyak kemudian dihapuskan terus supaya ia tidak dipersoalkan lagi pada masa akan datang.

111. Ubat yang paling mujarab bagi menghilangkan rasa benci dan dendam yang akan mendorong ke arah kemaafan adalah rasa kasih sayang.

112. Petua yang mendorong ke arah kemaafan.
(...dapatkan buku Motivasi Memburu Kejayaan untuk mengetahui selanjutnya...)

113. Kebahagian rumahtangga adalah anak kunci segala kejayaan hidup.

114. Berkahwin itu mudah, tetapi untuk mengekalkan sesuatu perkahwinan itu amatlah sukar.

115. Selain perhatian dan kasih sayang, masakan juga memainkan peranan penting dalam menyimpul kasih sayang. Seorang isteri perlulah menyediakan pelbagai resipi yang lazat untuk memikat hati suami dan keluarga.

116. Resepi perkahwinan bahagia.
(...dapatkan buku Motivasi Memburu Kejayaan untuk mengetahui selanjutnya...)

117. Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya dan yang paling baik di antara kamu ialah yang paling baik kepada isterinya.

118. Petua bagi menjamin kehangatan dan menyemarakkan perkahwinan.
(...dapatkan buku Motivasi Memburu Kejayaan untuk mengetahui selanjutnya...)

119. Sekiranya kita pernah melukakan hati seseorang, mohonlah kemaafan dan sekiranya kita tidak dapat meluahkan rasa kekesalan yang terbuku di hati, hantarkan nota MINTA MAAF bagi menggantikan ucapan.

120. Peluklah anak-anak sekerap yang mungkin kerana anak-anak yang kurang disentuh dan dipeluk akan mudah jatuh sakit.

121. Tidak ada satu kejayaan pun yang boleh dicapai tanpa pengorbanan. Kita mesti sanggup mengorbankan 'sesuatu' untuk mendapatkan 'sesuatu' yang lebih besar dan lebih baik.

122. Untuk menjadi orang berjaya, kita perlu jadikan diri kita orang yang berbeza - lebih kuat, cekal, berdaya tahan dan kebal - menghadapi sagala dugaan dan kepayahan.

123. Segala masalah, kesusahan mahupun kegagalan sebenarnya adalah sementara. Lambat-laun ia akan berakhir juga dan akan timbul pula kejayaan dan kesenangan.

124. Anak kunci kecemerlangan kerjaya, kemajuan, kualiti dan produktiviti ialah keseronokan bekerja. Keseronokan bekerja adalah rahsia mencapai kejayaan dan kekayaan.

125. Sekiranya kita ingin mencapai kejayaan, kenaikan pangkat, gaji yang lumayan dan sebagainya, kita haruslah menanam tabiat membuat kerja lebih daripada apa yang dibayar. Akhirnya, kita akan dibayar lebih daripada apa yang kita kerjakan. Ini merupakan prinsip kejayaan dalam kerjaya, undang-undang alam, undang-undang timbal balas.

126. Undang-undang timbal balas, "berapa banyak usaha yang kita pertaruhkan dalam pekerjaan dan kehidupan kita, maka sebanyak itulah yang kita akan dapat balik. Kalau kita kerja setakat RM500, maka RM500 yang akan kita terima. Kita tidak akan dapat RM5000 kerana usaha kita tak sampai ke tahap itu. Oleh itu, jika kita mahukan lebih pendapatan, lebihkan jam kita bekerja dan lipat gandakan usaha kita, insyaallah.

127. Dengan adanya perasaan minat, suka dan cintakan kerja, seseorang itu akan dapat menunjukkan dan melakukan kerja yang lebih cemerlang, cekap, berkualiti serta pantas di samping menyerlahkan segala bakat dan kebolehan dirinya. Menurut kajian, penduduk dunia hanya menggunakan 10% sahaja daripada kebolehan serta keupayaan mereka dalam kerjaya.

128. Orang yang menikmati keseronokan bekerja akan bekerja tanpa mengira waktu, tidak berasa bosan dengan kerja yang disukainya sehingga kadang-kadang tidak menghiraukan makan minum dan lupa waktu tidur.

129. Mengikut undang-undang bekerja, "semakin tinggi tahap keseronokan kita bekerja, semakin tinggilah ganjaran kewangan yang bakal kita terima kelak. Semakin tidak seronok kita bekerja, semakin kuranglah pulangan wang yang bakal kita terima dan semakin kuranglah produktiviti dan kualiti kerja kita".

130. Jika kita bekerja semata-mata untuk makan gaji sahaja, memang cukup bulan kita akan terima gaji. Tetapi sekiranya setiap hari kita datang bekerja dengan penuh semangat untuk menaikkan syarikat dan jabatan serta diri kita sendiri, kita akan mendapat manfaat sepenuhnya.

131. Tujuan kita bekerja:

  • Bekerja untuk mendapatkan gaji bagi menyara kehidupan, keluarga dan anak-anak kita.
  • Bekerja untuk menaikkan nama syarikat atau jabatan kita.
  • Bekerja untuk belajar dan mencari pengalaman.
  • Bekerja kerana kita seronok bekerja dan secara tidak langsung meningkatkan produktiviti, keuntungan dan imej jabatan kita.


132. Pekerja yang disayangi oleh majikannya adalah mereka yang berusaha memahami kehendak majikannya dan berusaha mencapai matlamat syarikat serta menaikkan imej kedua-duanya.

133. Sebuah kejayaan itu terlalu mahal harganya, malangnya kita tidak boleh membelinya dengan wang ringgit.

134. Kita boleh menjual apa saja dan kepada sesiapa saja. Bila-bila masa saja dan berapa harga sekalipun sekiranya kita boleh 'menjual diri kita'.

135. Ciri-ciri keusahawanan tulen
(...dapatkan buku Motivasi Memburu Kejayaan untuk mengetahui selanjutnya...)

136. Petua menjadi jurujual yang baik dan profesional
(...dapatkan buku Motivasi Memburu Kejayaan untuk mengetahui selanjutnya...)

137. Bayaran yang paling LUMAYAN bagi kerja keras dan sukar di dunia ialah JURUJUAL dan gaji yang paling RENDAH bagi kerja yang paling senang ialah JURUJUAL.

138. Apa yang paling penting sekali di dalam dunia perniagaan ialah kita perlu memulakan sesuatu hari ini juga. Jangan bertangguh sehingga menunggu semuanya sempurna baru nak mulakan. Jadilah pemula, pereka dan pembina.

139. Tiga anak kunci utama prinsip perniagaan.
(...dapatkan buku Motivasi Memburu Kejayaan untuk mengetahui selanjutnya...)

140. Tip memulakan perniagaan. Jadikan diri kita pakar dalam sesuatu bidang, buat ujian dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah, kemudian mula merancang membuka kedai, pejabat dan sebagainya.

141. Sekiranya anda seorang usahawan dan perlukan wang (dan jika anda belum mendapatkannya) percayalah anda akan dapat. Sekiranya pihak bank berkata 'tidak' atau 'tak layak' (dan memang pun mereka sentiasa berkata 'begitu'). Janganlah berputus asa, kini sampailah masanya untuk menunjukkan BAKAT anda sebagai seorang USAHAWAN SEJATI dengan menjadikan diri anda seorang yang kreatif dan 'panjang akal'. Cari jalan. Jika satu pintu tertutup, masih ada banyak lagi pintu yang masih terbuka. USAHAWAN = USAHA.

142. Jika kita bebas daripada perasaan TAKUT, kita juga akan bebas untuk menikmati kehidupan.
Bebaskan diri kita daripada perasaan berikut:

  • Takut menghadapi kritikan.
  • Takut menghadapi kegagalan.
  • Takut menghadapi hakikat sebenar.
  • Takut kehilangan pekerjaan tetap.
  • Takut kehilangan kebebasan/kedudukan.
  • Takut menghadapi kemiskinan.
  • Takut menghadapi penyakit.
  • Takut kehilangan kasih.
  • Takut menghadapi usia tua.
  • Takut menghadapi kematian.


143. Usahlah hanya sekadar menjadi pemerhati kepada kejayaan orang lain. Rebutlah peluang perniagaan yang sentiasa terbuka luas di negara sendiri.

144. Punca setiap masalah adalah bermula daripada diri kita sendiri. Jalan penyelesaiannya juga berada pada tangan kita sendiri.

145. Petua terbaik untuk mencapai kejayaan, kebahagiaan dan kekayaan ialah "carilah bakat anda yang terbaik, kemudian perbaikinya sepanjang hayat anda dan jadikanlah ia sebagai modal kehidupan anda".

146. Jarang sekali kita lihat seseorang mencipta kejayaan yang tertinggi dan berprestasi terbaik sehingga usia mereka melewati 40 tahun kerana sebahagian besar usia terdahulunya dihabiskan untuk belajar, mengalami, menilai, berfikir, membuat keputusan dan melupakan perkara-perkara yang tidak wajar dan tidak benar.

147. Kejayaan yang datang dengan mudah, mudah pergi dengan cepat sekali.

148. Jangan terlalu tergesa-gesa untuk mencapai puncak tangga kejayaan, kerana setelah itu anda hanya dapat bergerak dalam satu arah sahaja - turun ke bawah! Anda akan 'lemas' jika berada di kemuncak kerana tidak sempat belajar segala peraturan, perundangan dan pengurusan pendakian kejayaan yang berkekalan.

149. Profil seorang yang kaya ialah, bekerja kuat, tabah, bijak dan yang paling utama ialah disiplin diri.

150. Untuk berjaya dalam hidup - anda harus 'berjaya' menjadi diri anda sendiri - diri anda yang terbaik, terunggul!

151. Daya pemikiran 'minda' kita adalah terlalu berharga untuk disia-siakan. Melainkan pada apa yang terbaik dan berfaedah. Tumpukan pada mencipta 3K (kejayaan, kebahagiaan, kekayaan).

152. Anda akan kehilangan kedamaian fikiran jika terlalu mengejar kedudukan, kebendaan dan kekayaan.

153. Senyuman merupakan perkara 'kecil' yang dapat membuahkan hasil dan kesan yang 'besar'. Ia membahagiakan dan mententeramkan. Hiasi senyuman anda dengan keikhlasan dan kasih sayang.

154. Ingatlah. Wang adalah hamba. Anda adalah tuannya.

155. Wang mesti diedarkan, dibahagikan. Jika tidak ia menjadi 'tidak berguna', tidak bernilai seperti 'surat khabar lama', tin kosong, ia harus digunakan, dikongsi, dinikmati dan mesti dibahagi-bahagikan, diedarkan dengan sewajarnya kerana kekayaan menghasilkan kekayaan.

156. Bantuan dan pertolongan yang anda berikan kepada yang amat memerlukan, akhirnya akan dapat memberikan ganjaran yang berlipat-ganda. Undang-undang timbal-balas.

157. Jangan sekali-kali meminjam wang daripada kawan atau memberi pinjaman kepada kawan. Pergilah ke bank. Itulah sebabnya bank diwujudkan.

158. Perniagaan bukannya 'wang'. Perniagaan adalah 'orang'. Perbaiki kemahiran kemanusiaan anda.

159. Menjadi muflis atau bankrap bersifat sementara. Menjadi miskin pula merupakan keadaan minda atau pemikiran seseorang. Berterusan menjadi miskin merupakan 'dosa'.

160. Kita boleh buat pelbagai alasan atau kita juga boleh buat duit. Tetapi ingatlah, kita tidak boleh membuat kedua-duanya pada waktu yang sama.

161. Kekayaan selalu bermula dari dalam fikiran anda!

162. Pendidikan yang paling praktikal ialah melatih diri kita untuk melakukan apa yang harus dilakukan, bila dan sama ada kita mahu atau suka melakukannya ataupun tidak. Laksanakanlah!

163. 10 cara untuk mendapatkan keyakinan diri.
(...dapatkan buku Motivasi Memburu Kejayaan untuk mengetahui selanjutnya...)

164. Bagaimana melepaskan diri daripada tabiat bimbang.
(...dapatkan buku Motivasi Memburu Kejayaan untuk mengetahui selanjutnya...)

165. Bagaimana membolehkan orang menyukai anda.
(...dapatkan buku Motivasi Memburu Kejayaan untuk mengetahui selanjutnya...)

166. Impian hanya akan tinggal impian semata-mata sekiranya kita tidak sanggup BERTINDAK menjadikan impian kita sebuah kenyataan.

Saturday, August 13, 2011

Susah Tapi Boleh

Tajuk: Susah Tapi Boleh
Penulis: Dharma Mulya
Terbitan: SMC Training & Consultancy Sdn Bhd
Harga: RM37.00
Halaman: 250 mukasurat


Kandungan

1. Kenapa anda mesti menjadi senang.
2. Anda dan wang.
3. Anda dan keinginan anda - Matlamat.
4. Anda dan persekitaran - Makan gaji vs berniaga.
5. Perkataan paling ajaib di dunia - Sikap.
6. Sanggup - Senjata para jutawan.
7. Jaminan kejayaan - Berani.
8. Kenapa anda gagal.
9. Apa saja - Termasuk halangan dan risiko.
10. Mula hidup senang - Sekarang!
11. Tindakan anda setelah berjaya.
12. Kesan kejayaan.


Fakta Menarik

1. Lakukan lebih dari apa yang perlu anda lakukan. Barulah anda mempunyai nilai diri yang tinggi.

2. Bertanyalah sebanyak mungkin, kerana anda mahu sesuatu itu betul apabila pertama kali anda melakukannya.

3. Harapkan kesempurnaan tetapi jangan anda mengharapkan bahawa ia akan berlaku dengan sendirinya. Pastikan anda teliti ketika anda melakukan sesuatu.

4. Ramai di antara kita lebih suka berehat-rehat daripada bekerja, melancong daripada mencari jalan untuk menambah pendapatan, berbelanja daripada menabung, memikirkan apa yang ada sekarang daripada apa yang perlu ada esok, melihat orang lain berjaya dan bukan melihat diri sendiri berjaya, memberi alasan daripada berusaha dan bermacam-macam keadaan yang boleh menjadi batas untuk menjadikan anda senang.

5. Petua orang-orang kaya, "... jangan risau pasal wang, nanti fikiran berkecamuk, berserabut hingga tidak boleh memikirkan cara untuk mendapatkan wang".

6. Cara pemikiran untuk mengalihkan kerisauan tentang wang, "... wang... no problem, kalau saya cari pasti dapat. Hanya orang bodoh yang risaukan wang. Saya orang pandai".

7. Wang sentiasa ada dan bersedia, hanya anda perlu mengambilnya sahaja. Anda hanya perlu "menyeru duit" - menyeru bukan dalam erti kata memakai bomoh tetapi menggunakan akal, perkhidmatan, tenaga dan kebolehan. Jika mengambilnya pun anda tak sudi, apa sebenarnya yang nada tunggu? Menunggu wang melayang nasuk terus ke dalam poket anda?

8. Hukum Interia. Pergerakkan ke arah pengumpulan wang yang lebih banyak. Hukum Tarikan. Setiap satu perkara menarik perkara lain akan terjadi secara semula jadi. Wang anda yang sedikit akan menarik wang yang lebih banyak, asalkan anda mengusahakannya. Yang ada akan menarik yang lain.

9. Something which is too good to be true is ... usually too good to be true.

10. Cara mudah (asas) untuk berada di jalan untuk menjadi orang kaya.
- dapatkan buku ini untuk mengetahuinya.

11. Jangan sekali-kali membazir. Berjimat sebelum habis jauh lebih baik daripada berjimat sesudah berbelanja kerana selalunya tida ada apa lagi yang boleh dijimatkan setelah berbelanja.

12. Kebanyakkan orang hanya mempunyai keinginan dan harapan. Manakala orang yang yakin pula mempunyai matlamat dan rancangan yang teratur. - Brian Tracy.

13. Anda ingin berjaya di dalam hidup anda? Caranya mudah. Pertama bina matlamat anda. Kedua berani memburunya. - Paul Getty.

14. Lupakan apa yang diperkatakan oleh persekitaran anda tetapi ikutilah apa yang diperkatakan oleh keinginan anda.

15. Matlamat yang tepat adalah diibarat seperti satu daya atau kuasa yang akan memimpin dan mengawal perjalanan anda ke arah impian yang hendak anda capai. Dengan adanya matlamat, segala usaha dan tindakan yang akan anda lakukan akan terkawal dan segala usaha yang anda lakukan akan mejurus ke arah mencapai matlamat yang telah anda rancang.

16. Kemajuan tidak mungkin akan berlaku jika tidak berlaku perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran mereka tidak akan dapat mengubah apa-apa. - G.B Shaw.

17. Manusia di dalam kehidupannya akan tetap mempunyai satu keinginan iaitu pada satu masa dan ketika yang akan datang, dia berkeinginan untuk menjadi seorang ahli perniagaan.

18. Tidak ada cara lain bagi manusia untuk mula bertindak mendapatkan wang yang lebih kecuali manusia itu mengubah cara dirinya berfikir terhadap jumlah wang yang akan diterima.

19. Sijil persekolahan hanyalah bukti bahawa anda berkebolehan untuk belajar. Pelajaran yang paling penting ialah bagaimana untuk capai keinginan sebenar di dalam kehidupan.

20. Walaupun manusia sudah mengkaji, sudah membuat perbandingan dan terbukti sesiapa yang menceburkan diri di dalam dunia perniagaan pasti mempunyai masa depan yang lebih cemerlang, tetapi masih terlalu ramai yang memilih untuk makan gaji sebagai satu-satunya cara untuk mendapatkan wang.

21. Manusia boleh mengubah kehidupan diri mereka hanya dengan mengubah sikap yang ada di dalam pemikiran mereka. - William James.

22. Winners, don't do different things... they just do things differently. - Shiv Khera.

23. Sikap adalah ibarat jendela. Melalui jendela inilah yang akan menentukan bagaimana anda akan melihat dunia di sekeliling anda.

24. Berjaya adalah satu pilihan dan gagal juga satu pilihan. Apabila seseorang itu berkata bahawa dia tiada pilihan, maka ini juga merupakan satu bentuk pilihan. Pilihan ini terletak pada sikap anda.

25. Sikap yang membezakan di antara mereka yang berjaya dengan mereka yang gagal. Sikap juga yang menghidupkan semula semangat mereka yang pernah gagal untuk terus berusaha untuk mencapai kejayaan dan sikap jugalah yang akan menentukan faktor bahawa yang telah berjaya itu akan terus berjaya.

26. Untuk mendapatkan apa yang anda hajati, anda mestilah sanggup untuk melakukan apa sahaja yang diperlukan (yang baik) bagi mencapai hajat anda itu.

27. Menggunakan keajaiban sanggup.
- dapatkan buku ini untuk mengetahuinya.

28. Perolehi suasana sanggup dengan sentiasa melihat, mendengar, merasakan orang yang rajin bekerja dan mereka yang tidak sika bertangguh. Dekati mereka - tidak lama kemudian anda juga akan menjadi seperti mereka. Suasana sanggup sudah pasti akan dapat mempengaruhi diri anda untuk menjadi seorang manusia yang sanggup.

29. Dengan sanggup datang juga bersamanya keberanian, kesungguhan dan ketekunan. Dengan sanggup, fikiran akan terbuka luas, memikirkan apa sahaja jalan atau cara untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

30. Ribuan manusia akan menghadapi kegagalan di dalam hidup semata-mata kerana mereka tidak berani untuk membuat perubahan di dalam kehidupan mereka. - Mike Murdock.

31. Nikmat kehidupan adalah perjuangan. Nikmat perjuangan adalah kemenangan. - Prof. Hamka.

32. Jangan sekali-kali anda lari daripada masalah yang anda hadapi tetapi sebaliknya anda mesti BERANI MENGHADAPINYA.

33. Berani adalah sifat yang paling mulia pada diri seorang manusia. Berani adalah jiwa yang tenang dan hidup. Berani adalah tenaga yang akan menghadapi siang sebelum tibanya malam. Berani adalah kehidupan sebenar malahan nyawa anda sendiri. Anda telah dilengkapi dengan sifat ini supaya impian akan dapat ditukarkan menjadi kenyataan.

34. Orang-orang yang tidak berjaya untuk mencipta kejayaan di dalam hidupnya mempunyai sesuatu yang serupa. Mereka semuanya tahu kenapa mereka gagal. - Napolean Hill.

35. Anda harus berpegang pada prinsip, "hari ini pasti akan menjadi lebih baik daripada semalam".

36. "Susahlah..." demikianlah kata mereka yang suka membuat anggapan awal. Apa yang pelik, kata-kata itu diucapkan sebelum sesuatu kerja itu dilakukan. Bagaimana mereka tahu susah atau senangnya melakukan sesuatu pekerjaan itu tanpa dilakukan dahulu. Anggapan awal yang bersifat negatif sebegini kerap menyebabkan banyak perkara yang baik tidak anda laksanakan. Anda hanya memikirkan yang susahnya dahulu sebelum sebarang usaha dapat anda lakukan.

37. Kisah seorang kanak-kanak yang telah mengubah dunia...
- dapatkan buku ini untuk mengetahuinya.

38. Thomas Edison telah gagal hampir 10,000 kali sebelum beliau mencipta pelbagai kejayaan semasa hidupnya.

39. Anda yang menguasai diri anda sendiri, bukannya orang lain. Jangan sesekali anda salah-gunakan kuasa yang ada di tangan anda untuk menjuruskan anda ke arah kegagalan. Dan jangan sekali-kali anda membuat anggapan awal.

40. Everyone knows about success BUT they do not want to talk about success, because beneath success comes a lot of hard work.

41. Jangan sekali-kali anda mengalah sebelum anda mencuba. Anda perlu sematkan di fikiran anda bahawa anda tidak menjadi semakin muda. Apabila setiap hari berlalu, bermakna hidup anda menjangkau ke usia tua dan semakin singkat pula masa yang ada pada anda untuk melakukan sesuatu.

42. Jika anda terus menyimpan sifat suka bertangguh, sudah pasti anda sendiri akan dapat meneka apa yang akan terjadi pada penghujung kehidupan diri anda. Jika anda terus bertangguh, anda akan hilang ditelan zaman. Mungkin kelak ada seseorang menulis pada batu nisan anda yang berbunyi: "Di sinilah terkuburnya seorang manusia yang tidak sempat melakukan apa-apa."

43. Dengan hanya merasa malas di hati, fizikal anda akan turut menjadi malas dan sudah pasti fikiran anda akan turut menjadi malas. Dengan sifat malas itu, segala apa yang anda impikan akan terus menjadi impian. Sebaliknya, jika anda tukar sikap anda daripada malas menjadi rajin, segala apa yang anda impikan itu akan menjadi kenyataan.

44. Punca kegagalan menurut Napoleon Hill dalam bukunya yang bertajuk Think anda Grow Rich.
- dapatkan buku ini untuk mengetahuinya.

45. Apa yang penting, anda mesti mengakui bahawa kehidupan anda hari ini bukanlah kehidupan yang telah berlalu. Sekiranya anda masih percaya pada keadaan masa lalu, bererti itulah pembentuk keadaan anda pada hari ini. Akan terpahat di pemikiran anda bahawa esok anda akan tetap menjadi seorang manusia yang serupa.

46. Pepatah ada mengatakan, "... sekiranya anda merancang bererti anda melangkah ke arah mencapai kejayaan dan sekiranya anda gagal merancang bermakna anda sedang melangkah menuju ke arah kegagalan".

47. Cara atasi halangan dan risiko.
- dapatkan buku ini untuk mengetahuinya.

48. Anda perlu mengetahui halangan dan risikonya terlebih dahulu sebagai persediaan untuk diri anda sendiri. Orang yang sentiasa bersedia akan menjadi lebih berjaya daripada orang yang tidak mempunyai apa-apa persediaan. Anda mestilah membuat perancangan untuk menghadapi segala halangan dan risiko yang bakal anda hadapi.

49. Tidak akan ada sesiapa yang akan mengubah nasib diri anda kecuali anda sendiri yang mengubah nasib diri anda.

50. Success is a Journey... not a Destination.

51. Selalu ajukan soalan BAGAIMANA dan elakkan dari bertanya MENGAPA. Soalan BAGAIMANA, memberi idea. Soalan MENGAPA, memberi alasan. Soalan BAGAIMANA adalah soalan kreatif, jadi anda berhak mendapat jawapan yang juga kreatif. Soalan MENGAPA adalah soalan orang miskin, jadi anda berhak untuk terus miskin.

52. Ada yang menyatakan, "...kalau anda menolong orang lain membuat duit, anda juga akan mendapat lebih banyak duit!" Renungkan sejenak kata-kata ini, pasti anda akan mengakui kebenarannya.

53. Untuk melakukan sesuatu kebaikan, sikap suka bertangguh itu amat dilarang, tetapi untuk menghindarkan keburukan, sifat bertangguh itu amat digalakkan.

54. Makna kekayaan ialah pertama, perjalanan yang mudah. Kedua, boleh memberi pada yang layak tanpa mengharapkan balasan. Ketiga, dapat membantu orang yang benar-benar memerlukan bantuan tanpa perlu risau duit akan habis.

55. Allah SWT tidak menurunkan rezeki secara terus kepada anda tetapi ia berjalan daripada tangan manusia ke tangan manusia yang lain dan akhirnya ia akan sampai pula ke tangan kita.

56. Orang-orang yang berjaya akan menbentuk tabiat-tabiat diri yang tidak dilakukan oleh mereka yang sering gagal. - Jackson King.

57. Sama ada ketika anda sedang berusaha untuk mencapai kejayaan, ataupun setelah anda berjaya, sentiasa ingatkan kepada diri anda bahawa hidup anda tidak akan hanya berakhir di sini. Akan ada satu kehidupan lain yang PASTI menanti anda.

58. Kita akan terus menjadi orang yang gagal sekiranya kita tidak boleh menerima kegagalan dan gagal pula untuk berubah.

Monday, August 8, 2011

Nota Jutawan Nota Perniagaan

Tajuk: Nota Jutawan Nota Perniagaan
Penulis: Irfan Khairi
Terbitan: Telaga Biru Sdn Bhd
Harga: RM30.00
Halaman: 139 mukasurat

Kandungan

  1. Memulakan Perniagaan
  2. Menambah Pelanggan
  3. Menjalankan Perniagaan
  4. Menambah Pendapatan

Ulasan
Buku Nota Jutawan Nota Perniagaan, mendedahkan langkah-langkah yang betul untuk seseorang memulakan perniagaan. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar perkara, semuanya didedahkan dan dihuraikan dengan terperinci di dalam halaman yang pernuh warna-warni.

Buku ini patut dijadi panduan kepada bakal-bakal usahawan yang bercadang memulakan perniagaan. Banyak rahsia dan tip perniagaan didedahkan oleh Irfan Khairi yang berpengalaman luas di dalam bidang ini. Antara tip dan perkara yang perlu diambil perhatian oleh usahawan adalah;
  • bancian terhadap perniagaan yang ingin diceburi
  • idea perniagaan - penyelesaian masalah sebagai idea perniagaan
  • persedian awal sebelum memulakan operasi - kad bisnes dan lain-lain
  • modal perniagaan - jangan berhutang untuk memulakan perniagaan
  • personaliti perniagaan - tonjolkan personaliti untuk mewakili perniagaan
  • teknik pemasaran - pemilik mesti mengetuai pasukan pemasaran
  • pengurusan kewangan - pelaburan ke atas keuntungan perniagaan
  • dan banyak lagi...
Buku ini wajib dibaca dan dimiliki oleh semua orang yang bercita-cita ingin menjadi usahawan dan yang telah pun memulakan perniagaan.

[Sumber: Nota Jutawan Nota Perniagaan - Irfan Khairi]


Wednesday, August 3, 2011

Psikologi Menjual

Muka Depan
Tajuk: Psikologi Menjual (The Psychology of Selling)
Penulis: Brian Tracy
Terbitan: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Harga: RM39.90
Halaman: 234 mukasurat

Kandungan
  1. Rahsia Kerjaya Jurujual
  2. Tetapkan dan Capai Sasaran Jualan
  3. Sebab apa Pelanggan Membeli
  4. Menjual secara Kreatif
  5. Dapatkan Lebih Banyak Temu Janji
  6. Kuatnya Pengaruh Suasana
  7. Membuat Jualan
  8. 10 Tip Menjual yang Berjaya



Muka Belakang
Ulasan
Buku ini memang sesuai untuk yang menceburi bidang jualan ataupun marketing. Terlalu banyak tip yang diberikan oleh penulis. Semuanya berdasarkan pengalaman beliau sebagai jurujual suatu ketika dahulu. Beliau bermula dari bawah sehinggalah menjadi antara jurujual yang terhebat di Amerika.

Antara tip dan kaedah yang diberikan di dalam buku ini;
  • penggunaan kuasa minda
  • kaedah 100 matlamat
  • kaedah 20 idea
  • cara mengenal jenis-jenis prospek
  • cara-cara menetapkan matlamat
  • cara-cara mengetahui kebolehan istimewa kita
  • teknik membuat temu janji dengan prospek
  • teknik berjumpa dengan prospek
  • teknik menutup jualan
  • kaedah pengurusan masa yang berkesan
  • dan banyak lagi...
Buku ini memang lengkap dengan langkah-langkah untuk menjadi seorang jurujual profesional yang hebat dan berjaya. Semua yang menceburi bidang jualan patut baca dan memiliki buku ini sebagai rujukan utama. Buku ini ibarat buku teks kepada semua jurujual.

"Menjadi lumrah hidup, kejayaan hanya dapt dicapai selepas kita bertungkus-lumus berusaha mendapatkannya". -Napoleon Hill-


Wednesday, July 13, 2011

Bujang OK, Sure Kaya!

Muka Depan
Tajuk: Bujang OK, Sure Kaya!
Penulis: Mimi Salleh
Terbitan: Pustaka Wira Sdn Bhd
Harga: RM19.90
Halaman: 111 muka surat

Kandungan
1. Mengapa Impian Jadi Kaya Dirasakan Mustahil?
2. Mengapa Orang Bujang Mesti Jadi Kaya?
3. Erti Kaya Dari Kaca Mata Bujang OK
4. Formula Kaya I - Minda
5. Formula Kaya II - Sikap
6. Formula Kaya III - Habit
7. Jadi Kaya Dengan Seribu Impian
8. Impian Bermula Dengan Nikmat Mencapai Realiti
9. Memulakan Langkah Menjadi Kaya
10. Tiga Skim Sure Kaya
11. Masa Penentu Kekayaan Anda!
Muka Belakang
12. Makan Gaji Sahaja, Tidak Jadi Kaya
13. Diri Aset Terbaik Untuk Jadi Kaya
14. Elak Kesilapan Besar
15. Pilih Bujang OK Sebagai Kawan
16. Pilih Bujang OK Sebagai Pasangan
17. Kesimpulan: Bujang OK, Sure Kaya!

Konsep Bujang OK
Mempunyai 3 kriteria:
- Masih belum berkahwin
- Hidup berdikari dan bertanggungjawab ke atas urusan dirinya sendiri
- Berkemampuan untuk berkahwin (fizikal dan mental)

Ulasan
Buku ini ditulis khas untuk orang-orang bujang. Bukan untuk orang-orang bujang yang biasa tetapi khas untuk orang-orang bujang yang luar biasa. Orang bujang yang ingin menjadi kaya, yang ingain bebas kewangan dan yang ingin hidup penuh nikmat di dunia ini.

Pelbagai tip dan panduan diberikan di dalam buku ini. Cara persembahannya juga senang untuk difahami dengan penggunaan bahasa yang mudah serta sumber rujukan yang tepat.

Point yang selalu ditekankan di dalam buku ini adalah untuk menjadi Bujang OK iaitu seorang bujang yang sanggup keluar dari zon selesa atau kepompong kesepian, berusaha untuk memajukan diri, belajar mencintai orang bujang yang lain dan menikmati hidup dengan cemerlang.

Salah satu perkara yang cukup menarik minat saya ialah cara kita menggunakan minda untuk mencapai apa yang kita hajati. Di dalam buku ini diterangkan panduan dan cara-cara untuk menggunakan minda dengan betul dan mewujudkan keajaiban. Apa sahaja impian kita pasti akan tercapai dengan mempraktikkan kaedah-kaedah yang diberikan. Memang menarik.

Semua orang bujang patut memiliki buku ini untuk kehidupan yang lebih baik.

Biodata Penulis
Mimi Salleh dilahirkan pada 29 Julai 1974. Anak sulung dari lima beradik ini merupakan graduan jurusan Pengurusan Perniagaan dari Institut Teknologi Mara dan Illinois State University serta graduan Sarjana di dalam bidang Komunikasi Korporat, di Universiti Putra Malaysia.

Menguruskan perniagaan keluarga adalah tanggungjawab yang dibuat atas pilihannya sendiri. Beliau juga merupakan pengarah syarikatnya sendiri. Mimi Salleh memperkenalkan beberapa konsep baru seperti Bujang OK, Bujang Kesepian dan Bahasa Personaliti Orang Bujang.

Beliau yang sering dijemput untuk memberi ceramah di sekolah dan universiti masih menulis di dalam ruangannya sendiri di majalah PESONA. Buku-buku yang ditulis berbentuk ilmiah dan ditulis di dalam bahasa yang mudah dan bersahaja. Buku Bujang OK dan Bujang OK, Sure Kaya! bertujuan memperjelaskan kepada umum hakikat sebenar menjadi orang bujang di zaman milenium ini dan memberi alternatif untuk orang bujang memilih cara hidup yang lebih cemerlang.

Friday, July 8, 2011

Pesara Jutawan

Muka Depan
Tajuk: Pesara Jutawan
Penulis: Azizi Ali
Terbitan: True Wealth Sdn Bhd
Harga: RM39.90
Halaman: 180 mukasurat


Kandungan:
1. Lima Penyelesaian untuk Merapatkan Jurang
2. Sejarah Ringkas tentang Persaraan
3. Empat Pembohongan tentag Persaraan
4. Tiga Halangan Persaraan
5. matlamat-matlamat Lain yang Bersaing
6. Empat Tonggak Simpanan Persaraan
7. Mengapa Wang Itu adalah Sebegitu Banyak.
8. Bagaimana untuk Mengira Dana Persaraan Anda
9. 10 Langkah untuk Menyimpan bagi Persaraan Anda
10. Jika Anda telah Berada dalam Keadaan yang Runcing
Muka Belakang
11. Di Mana untuk Melabur Wang Anda
12. Penyelesaian-penyelesaian Dunia Sebenar
13. Tiang Kelima
14. Isu-isu lain
15 - Bersiap Sedia untuk Persaraan.
16. Penutup

Ulasan:
Buku ini penuh dengan panduan untuk membolehkan kita bersara sebagai jutawan. Sekiranya anda meneliti setiap kajian kes di dalam buku ini, menunjukkan bahawa setiap individu yang tidak merancang persaraan mereka dari sekarang iaitu ketika mereka masih muda, mereka akan bersara sebagai seorang yang tidak berwang. Mereka menjadi miskin dan perlu bekerja bertungkus lumus lagi selepas persaraan untuk menampung kehidupan seharian.

Walaupun kebanyakkan daripada kita mempunyai caruman KWSP dan skim pencen tetapi semua ini tidak akan mencukupi setelah sampai masanya untuk digunakan. Jadi, buku Pesara Jutawan ini memberi maklumat-maklumat dan panduan yang terperinci apa yang sepatutnya kita lakukan untuk menghadapi hari persaraan kelak.

Pendek kata, semua orang yang bekerja samada makan gaji ataupun sendiri patut membaca dan memiliki buku ini sebagai panduan persaraan. Buku ini juga menerangkan cara pengiraan yang betul untuk menganggarkan berapakah wang yang anda perlu ada menjelang hari persaraan nanti. Oleh itu dapatkan segera buku Pesara Jutawan yang ditulis oleh Azizi Ali ini dan manfaatkannya.

Kesimpulan:
Anda akan menemui di dalam buku ini,

  • 5 strategi untuk mencapai dana persaraan anda
  • 4 pembohongan mengenai persaraan
  • 3 halangan dalam membina dana persaraan
  • 10 langkah bagaimana untuk menyimpan bagi persaraan anda
  • Bagaimana untuk mewujudkan sumber pendapatan tambahan
  • 5 perkara yang perlu dilakukan jika anda sudah berada di dalam keadaan yg teruk.

Wednesday, July 6, 2011

Nota Jutawan Nota Motivasi

 

Tajuk: Nota Jutawan Nota Motivasi
Penulis: Irfan Khairi
Terbitan: Telaga Biru Sdn Bhd
Harga: RM39.90
Halaman: 132 mukasurat
Beli Online: MPH Bookstore

Kandungan:
1. Kunci Kekayaan - Keinginan
2. Buat Keputusan Hari Ini
3. Berikan 100% Komitmen
4. Ubahkan Diri Anda
5. Tangga Kejayaan... Tangga yang Betul?
6. Bantuan dan Motivasi Bagi yang Sudah Berjaya...
7. Yakin Terhadap Diri Sendiri1
8. Cerminkan Diri Sendiri
9. Tulis... Jangan Tak Tulis!
10. Matlamat yang Realistik
11. Tetapkan Deadline Matlamat Anda
12. AWAS! Rintangan di Hadapan Anda!
13. Dengan Ilmu, Semuanya BOLEH!
14. Perancangan, Blueprint, Plan... Semuanya Perlu
15. Angan-angan Positif
16. Janji pada Diri Sendiri...
17. Malas... Musuh #1
18. Kaizen... Rahsia Orang Jepun Terbongkar
19. Rancang Hari Anda pada Malam Sebelumnya!
20. Kejayaan Demi Kejayaan
21. Ubah Hidup Anda dengan Lebih Pantas
22. Susah ke Nak Jadi Jutawan?
23. Kisah-kisah Orang yang Berjaya
24. Kemahiran yang akan Mengubah Hidup Anda
- Pengucapan Awam (Public Speaking)
25. Tempat Terhangat untuk Melabur RM1000, Rm5000 atau RM10,000!
26. Kena Kritik... Apa nak Buat? Kena Sindir... Apa Nak Buat?
27. Mengurus Masa... yang Mana Hendak Didahulukan
28. "Saya Tak Boleh!"
29. Back to the Future
30. Di Mana Nilai Diri Anda yang Tertinggi?
31. Kebahagiaan vs Kesengsaraan
32. Si Buta Memimpin yang Buta
33. Kongsikan Ilmu dan Anda akan Mendapat Ilmu
34. Jangan Takut dengan Wang!
35. Dapatkan Pulangan yang Tinggi
36. Mencapai Kejayaan pada Usia Muda
37. Jangan Sombong Nak Bertanya
38. Matlamat Seorang JUTAWAN
39. Siapakah di Dalam Bulatan Kenalan Anda?
40. Cabaran "Minggu Berfikir Positif"
41. Menangguhkan Kerja = Pencuri Masa + Pencuri Hidup
42. Teknik Berfikir POSITIF
43. Gandakan Kejayaan Anda
44. Minda Separuh Sedar (Subconcious Mind)
45. Apakah yang Anda Fikirkan?
46. Menulis matlamat... Menulis Lagi!
47. Tidak Menulis Matlamat
48. Mengagihkan Kerja = Pulangan Berganda
49. Kerja untuk Diri Sendiri
50. Katakan TIDAK!
51. Kurangkan Perasaan MALU
52. Baca... Jangan Tak Baca
53. Matlamat Tidak Kesampaian
54. Thinking BIG - Fikirkan Kejayaan yang BESAR
55. Tahu akan Berjaya tetapi Tidak Tahu Cara...
56. Tiada Pengalaman, Bagaimana Hendak Berjaya?
57. Cara Mengekalkan Motivasi Diri
58. Kejayaan Anda Bergantung pada Orang Lain
59. Ikut Jejak Langkah idola Anda
60. pakar-pakar dalam Membuat Keputusan
61. Be a Giver... jadi Seorang Pemberi!
62. Bila Berfikiran Negatif adalah Baik
63. Meja Kemas, Semua Pantas!
64. Cuba Sesuatu yang Baharu!
65. Menjadi Mentor Jutawan
66. Picu kepada Motivasi Diri
67. Carta "The Millionaire Mind"
68. Kelilingi Diri Anda dengan Mereka yang HEBAT...
69. Katakan Tidak (Setuju)
70. Sikap Penentu Segala
71. Sekiranya ada Dua Arnab? PILIH SATU!
72. MOMENTUM Melakukan Kerja
73. Tidak Pakar, Tak Mengapa!
74. Satu Idea Sahaja
75. 10 Individu Terkaya di Malaysia
76. Sanggupkah Anda?
77. Imaginasi & Ilmu
78. Otak yang Lesu
79. Menjadi Bintang
80. Yang Kaya Semakin Kaya...
81. Buat Keputusan Hari Ini?
82. Maaf tak Cukup Masa!
83. Risau Membawa Stress!
84. Angin Sama yang Kita Layari
85. Pendapatan Anda 10 Kali Ganda
86. Senarai Jangan Buat
87. 5 CARA untuk Jadi JUtawan
88. 2 CARA Mengejar Cita-cita

Ulasan:
Buku ini memang best. Cukup padat dengan ilmu pengetahuan. Setiap baris ayatnya adalah panduan kepada kita. Kalau nak buat ringkasan pun memang tak boleh sebab memang dah habis ringkas dan terlalu padat dengan ilmu.

Saya syorkan supaya semua orang yang walaupun ada sekelumit di dalam diri hendak berjaya, harus memiliki buku ini. Miliki ye, bukan pinjam. Dan jangan sekali-kali pinjamkan kepada orang lain kerana buku ini merupakan sumber rujukan anda untuk berjaya. Ikut semua panduan di dalam buku ini, saya pasti anda mesti berjaya.

Satu yang paling unik tentang buku ini adalah cara persembahannya, memang cukup menarik. Penuh dengan ilustrasi dan gambar. Anda pasti tidak akan jemu membaca dan yang paling penting, anda seronok.

Contoh Halaman


Miliki buku ini sekarang jika anda ingin BERJAYA!

Monday, June 27, 2011

Lahirnya Seorang Jutawan

Tajuk: Lahirnya Seorang Jutawan
Penulis: Azizi Ali
Penerbit: TrueWealth Sdn Bhd
Harga: RM39.90
Halaman: 208 muka surat
Beli Online: MPH Bookstore

Kandungan:
1. Perjalanan Hidup Saya Sebagai Seorang Pekerja.
2. Pekerja Jutawan.
3. Anda Tidak Perlu Kebenaran untuk Menjadi Kaya.
4. Empat Faktor yang Memberi Kesan ke Atas Pendapatan Anda Selaku Pekerja.
5. Bagaimana untuk Menjadi Pekerja yang Mempunyai Pasaran.
6. Bagaimana untuk Mendapatkan Lebih Banyak Wang Selaku Pekerja.
7. Tidak Semuanya Indah.
8. Serangan dari Dua Penjuru.
9. Menjadi Ejen Bebas.
10. Wujudkan SPT.
11. Pembakar Lanjut.
12. Bagaimana untuk Menyimpan Wang.
13. Bagaimana untuk Melabur Wang dengan Bijak.
14. Elakkan Melakukan Kesilapan Kewangan yang Besar.
15. Menjadi Kaya adalah Usaha Berpasukan

Ulasan:
Buku ini digarap dengan begitu teliti oleh Azizi Ali sebagai panduan kepada kita yang ingin membuat lebih banyak duit walaupun kita masih lagi sebagai pekerja ataupun makan gaji. Bagaimana untuk kekal sebagai pekerja dan menjadi jutawan.

Panduan ini adalah berdasarkan pengalaman beliau sendiri sebagai seorang pekerja yang selepas itu menjadi seorang jutawan. Diterangkan langkah-langkah yang beliau ambil sehingga beliau sampai ke tahap sekarang iaitu jutawan.

Huraian beliau terhadap tajuk-tajuk di atas amat terperinci dan mudah untuk difahami dengan pelbagai contoh yang mudah. Berdasarkan contoh-contoh yang diberi, jelas menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang yang berpengalaman dan berpengetahuan luas di dalam bidang kewangan. Contoh-contoh yang diberi begitu dekat dengan kehidupan seharian kita, yang kebanyakkan orang melakukannya.

Panduan dan langkah-langkah yang disyorkan juga tampak tidak mustahil untuk dipraktikkan oleh orang yang betul-betul ingin mengubah hidup mereka. Nasihat yang diberikan juga mempunyai asas yang kukuh untuk diambil ikhtibar dan diamalkan.

Saya amat mengesyorkan kepada mereka yang sedang bekerja membaca buku ini. Sebelum anda mengambil sebarang keputusan dalam pekerjaan anda, bacalah buku ini terlebih dahulu. Ia akan memberi anda banyak idea yang boleh anda pakai untuk mengembangkan lagi kerjaya serta wang anda. Setelah membacanya, anda akan merasakan begitu mudah sebenarnya untuk menjadi jutawan walaupun anda merupakan seorang pekerja.

Dapatkan segera buku, Lahirnya Seorang Jutawan dipasaran.

Sunday, June 19, 2011

Buat Duit Dengan Foto

Buat Duit Dengan Foto
Tajuk: Buat Duit Dengan Foto
Penulis: Muhamad Bin Ali
Harga: RM14.50
Halaman: 138 mukasurat
Beli Online: MPH Bookstore

Berita baik kepada penggemar fotografi. Ini merupakan sebuah buku yang "simple". Mudah untuk difahami. Buku ini menerangkan kepada kita cara-cara atau panduan untuk menjual foto secara online.

Hobi di masa lapang ini boleh memberikan kita pendapatan tambahan sekiranya kita tahu cara-caranya. Pelbagai cara diterangkan di dalam buku ini untuk manfaatkan foto yang kita ambil di masa lapang.

Antara isi kandungannya ialah:

  1. Pengenalan Bisnes
  2. Menghasilkan Duit Dengan Foto Melalui Internet
  3. Kemahiran
  4. Modal Dan Barang Keperluan
  5. Pelanggan
  6. Pendaftaran Bisnes
  7. Pengurusan
  8. Herga Tawaran
  9. Promosi
  10. Organisasi Berkaitan
  11. Pengalaman Sebenar
  12. Tip-Tip

Sebenarnya banyak perkara yang kita boleh lakukan dengan foto ini. Ada sesetengahnya yang kita sendiri tidak dapat memikirkannya, tetapi ia berjaya, hasil dari pengalaman beberapa orang yang dikemukakan di dalam buku panduan ini.

Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah, kita boleh menghantar foto yang kita ambil kepada beberapa agensi foto dan setiap foto yang dapat dijual kita akan mendapat royalti. Kerja yang sungguh mudah, ambil foto, upload kepada agen dan tunggu royalti.


Royalti yang kita bakal terima bermula dari RM0.50 sehingga RM10.50 untuk sekeping foto yang berjaya dijual, bergantung kepada agensi. Disenaraikan juga 24 agensi yang nenawarkan perkhidmatan sebegini antaranya ialah BigStockPhoto.

Diterangkan juga bentuk-bentuk foto yang laris dijual dan yang mempunyai permintaan yang tinggi serta idea-idea kreatif yang kita boleh buat dengan foto yang kita ambil. Menarik.

Saya syorkan kepada anda semua, bacalah buku panduan Buat Duit Dengan Foto oleh Muhamad Ali ini. Sebuah buku panduan yang cukup lengkap untuk membolehkan anda memperolehi pendapatan sampingan yang lumayan.

Lebih daripada itu anda juga diajar untuk menjadikan bidang fotografi sebagai bidang yang memberikan sumber pendapatan tetap. Dari A - Z diterangkan bagaimana untuk menjadikan bidang fotografi sebagai bidang yang cukup lumayan dan mempunyai permintaan yang luas.

"Panduan lengkap bagi menjual foto secara online dan ia menguntungkan".

Dapatkan segera buku panduan ini. Anda pasti tidak akan menyesal. Saya jamin!

Latar Belakang Penulis:
Muhamad Bin Ali mula menceburi stok foto pada tahun 2007. Mengambil kursus fotografi secara sambilan di Okinawa International Center, Jepun. Buku ini hasil daripada pengalaman dan kajian beliau tentang stok foto. Dapatkan maklumat tambahan dengan melayari http://digikame.co.cc/.

Saturday, June 18, 2011

Jutawan Ekstrem - Azizi Ali

Jutawan Ekstrem
Tajuk: Jutawan Ekstrem
Penulis: Azizi Ali
Harga: RM39.90


Jutawan Ekstrem oleh Azizi Ali ini saya ambil masa 2 minggu untuk habiskan bacaan. Setelah sekian lama tidak membaca buku, baru kini minat untuk membaca timbul kembali setelah saya menghadiri satu seminar yang mengemukakan Irfan Khairi sebagai penceramahnya.

Ok, di dalam buku ini penulisnya, Azizi Ali, mengemukakan 5 kunci utama untuk menjadi jutawan ekstrem. 5 kunci tersebut ialah:

  1. Bebaskan pemikiran anda.
  2. Jadi seorang ekstremis.
  3. Ikut impian anda.
  4. Libatkan diri dalam bidang jualan.
  5. Nikmati kehidupan sepuas-puasnya.
Ulasan saya:

Bebaskan pemikiran anda.
Pertama sekali, Azizi Ali menyarankan kita supaya bebaskan pemikiran kita yang selalu berfikir untuk menjadi seorang yang kaya amatlah susah. Kita selalu menganggap bahawa orang yang kaya itu selalunya mewarisi kekayaan daripada pewaris mereka, bernasib baik dalam perniagaan dan sebagainya.

Kita mesti mengubah cara kita berfikir, kekayaan itu terdapat di mana-mana di atas dunia ini. Kita hanya perlu mencarinya dan kekayaan itu cukup mudah untuk digapai sekiranya kita tahu caranya.

Jadi seorang ekstremis.
Di dalam bab ini, Azizi Ali memberikan beberapa contoh kejayaan orang-orang ternama dunia. Rumusannya, kesemua mereka melakukan perkara yang orang lain tak sanggup lakukan untuk membolehkan mereka berjaya.

Mereka menjadi ekstrem dalam apa jua yang mereka lakukan, contohnya Jahangir Khan, juara dunia squash. Beliau tidak pernah kalah walau satupun perlawanan dalam tempoh 5 tahun berturut-turut. Rahsia beliau ialah beliau meletihkan lawan sehingga lawan membuat kesilapan dan akhirnya memberi kemenangan kepada beliau. 

Beliau menjadi seorang yang paling berstamina di dalam gelanggang. Setelah ditanya apa yang beliau lakukan untuk memperolehi stamina sedemikian, beliau menjawab, "Tiap-tiap pagi saya akan bangun pada pukul 5, berlari sejauh 7 batu, melatih pergelangan tangan dan berlatih permainan di gelanggang. Saya lakukan ini tiap-tiap hari tanpa tertinggal satu hari pun, walaupun ada hari-hari yang saya rasa tak sanggup lakukannya lagi, tapi saya teruskan juga."

Jadi, untuk berjaya dalam bidang yang kita ceburi, kita mestilah ekstrem, lakukannya dengan bersungguh-sungguh, tanpa jemu dan putus asa. Kita mesti berjaya akhirnya.

Ikut impian anda.
Penulis mengatakan bahawa untuk berjaya dengan mudah kita mestilah menceburi bidang yang kita minat. Minat akan membakar semangat kita, minat akan mendorong kita bila kita kelesuan, minat juga tidak akan membuat kita jemu.

Jadi, ikut impian kita. Buat apa yang kita cita-citakan, buat apa yang kita impi-impikan selama ini.

Libatkan diri dalam bidang jualan.
Kita boleh berjaya dan menjadi jutawan hanya dengan menyimpan dan melabur. Tetapi Azizi Ali mengatakan bahawa untuk menambah kekayaan kita hendaklah melibatkan diri dalam bidang jualan. Jualan akan menggandakan kekayaan dan mempercepatkan kejayaan.

Nikmati kehidupan sepuas-puasnya.
Kita hidup hanya sekali di dunia ini. Jadi nikmatilah sepuas-puasnya kehidupan ini. Buatlah apa yang anda ingin lakukan, pergi ke mana saja yang anda inginkan. Ya, semua itu memerlukan wang. Jangan bimbang, anda hanya perlu berhajat dan wang akan tersedia untuk itu.

Azizi Ali sungguh teliti dalam mengutarakan hujah-hujahnya di dalam buku ini. Banyak contoh dikemukakan untuk membolehkan pembaca lebih memahami apa yang beliau ingin sampaikan.

Buku ini akan mengubah cara kita berfikir. Buku ini akan mencorakkan kembali kehidupan kita yang terumbang-ambing tanpa tujuan sebelum ini. Buku ini juga akan membawa kita ke puncak kejayaan seterusnya menyertai kelab jutawan.

Kesimpulannya, kita mestilah menjadi yang terbaik dalam apa sahaja bidang yang kita ceburi. Terbaik di sini maksudnya, kita tahu semuanya tentang bidang yang kita ceburi. Sehinggakan kita boleh bercakap mengenainya daripada lembu keluar kandangm, sampai lembu masuk kandang sehinggalah lembu keluar kandang semula keesokkan harinya, kita masih lagi boleh bercakap tentang topik itu tanpa henti.

Pada tahap itu, kita sudahpun menjadi pakar di dalam bidang tersebut dan kita tidak perlu lagi risau mengenai wang kerana wang akan datang mencari kita walaupun kita tidak mahu. Orang sanggup membayar berapa sahaja untuk mendapatkan nasihat daripada seorang pakar, betulkan? Oleh itu, tanamkan azam untuk menjadi yang terbaik, untuk menjadi pakar dalam bidang yang kita ceburi.

Azizi Ali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...