Sunday, June 19, 2011

Buat Duit Dengan Foto

Buat Duit Dengan Foto
Tajuk: Buat Duit Dengan Foto
Penulis: Muhamad Bin Ali
Harga: RM14.50
Halaman: 138 mukasurat
Beli Online: MPH Bookstore

Berita baik kepada penggemar fotografi. Ini merupakan sebuah buku yang "simple". Mudah untuk difahami. Buku ini menerangkan kepada kita cara-cara atau panduan untuk menjual foto secara online.

Hobi di masa lapang ini boleh memberikan kita pendapatan tambahan sekiranya kita tahu cara-caranya. Pelbagai cara diterangkan di dalam buku ini untuk manfaatkan foto yang kita ambil di masa lapang.

Antara isi kandungannya ialah:

  1. Pengenalan Bisnes
  2. Menghasilkan Duit Dengan Foto Melalui Internet
  3. Kemahiran
  4. Modal Dan Barang Keperluan
  5. Pelanggan
  6. Pendaftaran Bisnes
  7. Pengurusan
  8. Herga Tawaran
  9. Promosi
  10. Organisasi Berkaitan
  11. Pengalaman Sebenar
  12. Tip-Tip

Sebenarnya banyak perkara yang kita boleh lakukan dengan foto ini. Ada sesetengahnya yang kita sendiri tidak dapat memikirkannya, tetapi ia berjaya, hasil dari pengalaman beberapa orang yang dikemukakan di dalam buku panduan ini.

Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah, kita boleh menghantar foto yang kita ambil kepada beberapa agensi foto dan setiap foto yang dapat dijual kita akan mendapat royalti. Kerja yang sungguh mudah, ambil foto, upload kepada agen dan tunggu royalti.


Royalti yang kita bakal terima bermula dari RM0.50 sehingga RM10.50 untuk sekeping foto yang berjaya dijual, bergantung kepada agensi. Disenaraikan juga 24 agensi yang nenawarkan perkhidmatan sebegini antaranya ialah BigStockPhoto.

Diterangkan juga bentuk-bentuk foto yang laris dijual dan yang mempunyai permintaan yang tinggi serta idea-idea kreatif yang kita boleh buat dengan foto yang kita ambil. Menarik.

Saya syorkan kepada anda semua, bacalah buku panduan Buat Duit Dengan Foto oleh Muhamad Ali ini. Sebuah buku panduan yang cukup lengkap untuk membolehkan anda memperolehi pendapatan sampingan yang lumayan.

Lebih daripada itu anda juga diajar untuk menjadikan bidang fotografi sebagai bidang yang memberikan sumber pendapatan tetap. Dari A - Z diterangkan bagaimana untuk menjadikan bidang fotografi sebagai bidang yang cukup lumayan dan mempunyai permintaan yang luas.

"Panduan lengkap bagi menjual foto secara online dan ia menguntungkan".

Dapatkan segera buku panduan ini. Anda pasti tidak akan menyesal. Saya jamin!

Latar Belakang Penulis:
Muhamad Bin Ali mula menceburi stok foto pada tahun 2007. Mengambil kursus fotografi secara sambilan di Okinawa International Center, Jepun. Buku ini hasil daripada pengalaman dan kajian beliau tentang stok foto. Dapatkan maklumat tambahan dengan melayari http://digikame.co.cc/.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...