Tuesday, June 21, 2011

Tidur

Tidur
Saya pernah sakit kepala (migraine) sehari suntuk sehingga muntah-muntah satu ketika dahulu. Bila pergi jumpa doktor, baru la dapat tahu sebab saya jadi macam tu. Semuanya kerana tidur.

Waktu itu saya menjalankan perniagaan makanan. Ya, yang menjual makanan di pasar pagi tu. Disamping menjual makanan yang diambil daripada pembekal, saya juga membuat sendiri beberapa jenis kuih untuk dijual (kira pandai masak juga lah saya ni hehehe...). Walaupun masa menjual itu pendek, iaitu dari pukul 6.00 pagi hingga 10.00 pagi tetapi waktu persediaan membuat kuih itulah yang panjang.

Ok, setiap pagi saya akan bangun pada pukul 4.00 pagi. Buat persediaan untuk menjual seperti potong kuih, susun dan sebagainya. Kemudian ambil makanan lain dari pembekal dan terus ke tempat menjual. Menjual sehingga pukul 10.00 pagi. Balik ke rumah, kemaskini akaun jualan, rehat sekejap sehingga pukul 4.00 petang. Selepas itu terus buat kuih untuk dijual keesokkan harinya sehingga pukul 12.00 tengah malam. Kemudian tidur sehingga pukul 4.00 pagi. Begitulah jadual harian saya ketika itu.

Jadi saya hanya tidur 4 jam sehari setiap hari selama hampir dua tahun dan itulah yang menyebabkan saya mendapat "migraine". Doktor menasihatkan saya supaya tidur sekurang-kurangnya 6 jam sehari (tidur siang tidak dikira - doktor yang cakap, bukan saya ya).

Selepas itu, barulah saya "adjust" masa untuk cukupkan waktu tidur minima 6 jam sehari. Dan sejak itulah saya tidak mengalami sakit kepala (migrant) lagi sehinggalah sekarang. Jadi jagalah waktu tidur kita dengan sebaik-baiknya.
"Setiap penyakit itu datangnya daripada tabiat manusia."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...