Dia meresakan seolah-olah ibunya seorang yang kejam dan mementingkan diri sendiri. Apa yang dilakukan oleh ibunya serba tak kena pada pandangan matanya. Dia merasakan ibunya sering menggunakannya sebagai alasan untuk menutup semua kesalahan yang dilakukan. Sehingga dia merasakan mahu meninggalkan ibunya jauh, mahu lari dari ibunya, mahu hidup berdikari.
Nasib baiklah dia secara kebetulan terserempak dengan seorang peronda polis yang memberikan nasihat yang cukup berguna tak kala dia nekat ingin meninggalkan ibunya dek kerana ibunya tersalah letak kereta sehingga hampir disaman.
"Kamu boleh tinggalkan ibu kamu setelah kamu berfikiran rasional, setelah kamu tenang dan setelah kamu nekad tidak mahu kembali kepadanya lagi sampai bila-bila."Ini semua terjadi disebabkan ibunya yang ingin berhijrah keluar dari bandar yang tiada berkesudahan dan pergi ke sebuah bandar yang penuh dengan kehidupan, iaitu California. Ingin memulakan hidup baru. Kehidupan mereka dua beranak menjadi tertekan kerana masalah kewangan serta ibunya yang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.
Lama kelamaan barulah dia sedar yang ibunya betul-betul mengambil berat dan tidak boleh berpisah dengannya walaupun kadang-kadang ibunya berperangai gila-gila. Walaubagaimanapun, akhirnya mereka berpisah jua...
Lakonan mantap, Susan Saradon dan Natalie Portman betul-betul menghidupkan watak yang dipegang. Banyak babak yang menyentuh perasaan, yang membuatkan kita terasa bagaikan kita yang berada di dalam cerita tersebut.
"Kasih ibu tiada tolak bandingnya."Filem ini dikeluarkan sekitar tahun 1999. Diarahkan oleh Wayne Wang dan ditulis oleh Mona Simpson dan Alvin Sargent.
Sedikit sedutan dari Anywhere But Here:
ANYWHERE BUT HERE: Movie Trailer. Watch more top selected videos about: Anywhere but Here (film), Ray Baker
No comments:
Post a Comment