Bunga Pokok Delima |
Batu delima ini dikatakan boleh dimasukkan "khadam" ataupun jin sebagai penjaga kepada batu ini dan sekali gus boleh memberi beberapa kelebihan luarbiasa kepada pemiliknya. Antaranya, pemiliknya dikatakan kebal daripada sebarang senjata, sehingga untuk memotong rambut pemiliknya pun tidak boleh selagi batu delima itu berada pada tubuh pemiliknya. Selalunya batu delima ini dijadikan sebagai batu cincin.
Batu delima ini akan mengeluarkan cahaya merah sekiranya direndam ke dalam air selama beberapa waktu. Saya tidak pasti berapa lama, tetapi ia akan mengeluarkan cahaya merah selepas itu. Ya, saya pernah melihat dan memegangnya suatu ketika dahulu.
Selalunya batu delima ini dijual dengan harga beribu ringgit untuk tujuan tertentu. Antaranya, untuk menarik duit dan membuat (meramal) nombor ekor.
Itulah yang saya tahu serba sedikit tentang batu delima ini. Kalau ada rakan-rakan yang mempunyai lebih maklumat ataupun ingin membetulkan maklumat yang saya beri, boleh berbuat demikian diruangan komen. Saya amat menghargainya. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment