Sunday, June 26, 2011

Unstoppable

UnstoppableFilem: Unstoppable
Tahun: 2010
Arahan: Tony Scott
Skrip: Mark Bomback
Pelakon: Denzel Washington, Chris Pine dan Rosario Dawson

Sinopsis:
Cerita lebih kurang macam filem Speed tetapi lebih hebat dan mendebarkan. Cerita mengenai sebuah keretapi barang yang secara tidak sengaja tidak berpemandu, mempunyai masalah break dan kelajuan yang tidak terkawal meluncur laju di tengah-tengah bandar yang padat dengan penduduk. Semuanya gara-gara kecuaian manusia yang bersikap sambil-lewa semasa menjalankan tugas. Antara barang yang dibawanya adalah bahan kimia merbahaya dan minyak diesel. Ia umpama peluru berpandu yang boleh memusnahkan seluruh bandar.

Berbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut tetapi semuanya tidak berjaya. Akhirnya ada dua orang, seorang pemandu berpengalaman (Denzal Washinton) yang telah berkhidmat selama 28 tahun dan dalam proses persaraan dan seorang lagi adalah konduktor (Chris Pine) yang baru 4 bulan menyertai syarikat.

Usaha mereka untuk memberhentikan keretapi tersebut dengan menariknya dari belakang berjaya akhirnya walaupun pada mulanya mendapat tentangan yang cukup hebat dari ketua mereka. Dengan sokongan padu staf-staf yang lain, mereka berjaya mengelakkan kemalangan ngeri yang bakal terjadi sekiranya keretapi tersebut tidak dapat diberhentikan. Mereka mendapat sanjungan yang begitu tinggi daripada masyarakat setempat di atas usaha yang dijalankan dan menjadi hero.

Cerita ini cukup mendebarkan dengan aksi-aksi yang ditunjukkan serta babak-babak yang cukup menyentuh perasaan. Lakonan mantap pelakonnya menghidupkan filem ini dan memberi kesan yang mendalam kepada penonton. Sudut kamera yang menarik dan ditambah dengan kesan bunyi yang kena pada tempatnya menjadikan Unstoppable hebat.

Pengajaran:

  1. Tidak ada masalah yang tak dapat diselesaikan.
  2. Jangan bersikap sambil-lewa semasa menjalankan tugas. Akibatnya, kemungkinan akan ada nyawa yang melayang.
  3. Yakin dengan apa yang anda lakukan. Pedulikan orang lain.
  4. Jangan mudah berputus asa.
  5. Keluarga lebih penting dari segalanya.
  6. Buat apa yang anda rasa betul walaupun risikonya adalah nyawa anda sendiri.

Kesimpulan:
Sebuah filem yang hebat, yang penuh dengan aksi mendebarkan dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton. Saya cadangkan anda patut menontonnya dan rasai debaran dan kesayuannya.

Trailer:
Unstoppable

[Sumber - Youtube.com, IMDb.com]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...