Wednesday, July 13, 2011

Bujang OK, Sure Kaya!

Muka Depan
Tajuk: Bujang OK, Sure Kaya!
Penulis: Mimi Salleh
Terbitan: Pustaka Wira Sdn Bhd
Harga: RM19.90
Halaman: 111 muka surat

Kandungan
1. Mengapa Impian Jadi Kaya Dirasakan Mustahil?
2. Mengapa Orang Bujang Mesti Jadi Kaya?
3. Erti Kaya Dari Kaca Mata Bujang OK
4. Formula Kaya I - Minda
5. Formula Kaya II - Sikap
6. Formula Kaya III - Habit
7. Jadi Kaya Dengan Seribu Impian
8. Impian Bermula Dengan Nikmat Mencapai Realiti
9. Memulakan Langkah Menjadi Kaya
10. Tiga Skim Sure Kaya
11. Masa Penentu Kekayaan Anda!
Muka Belakang
12. Makan Gaji Sahaja, Tidak Jadi Kaya
13. Diri Aset Terbaik Untuk Jadi Kaya
14. Elak Kesilapan Besar
15. Pilih Bujang OK Sebagai Kawan
16. Pilih Bujang OK Sebagai Pasangan
17. Kesimpulan: Bujang OK, Sure Kaya!

Konsep Bujang OK
Mempunyai 3 kriteria:
- Masih belum berkahwin
- Hidup berdikari dan bertanggungjawab ke atas urusan dirinya sendiri
- Berkemampuan untuk berkahwin (fizikal dan mental)

Ulasan
Buku ini ditulis khas untuk orang-orang bujang. Bukan untuk orang-orang bujang yang biasa tetapi khas untuk orang-orang bujang yang luar biasa. Orang bujang yang ingin menjadi kaya, yang ingain bebas kewangan dan yang ingin hidup penuh nikmat di dunia ini.

Pelbagai tip dan panduan diberikan di dalam buku ini. Cara persembahannya juga senang untuk difahami dengan penggunaan bahasa yang mudah serta sumber rujukan yang tepat.

Point yang selalu ditekankan di dalam buku ini adalah untuk menjadi Bujang OK iaitu seorang bujang yang sanggup keluar dari zon selesa atau kepompong kesepian, berusaha untuk memajukan diri, belajar mencintai orang bujang yang lain dan menikmati hidup dengan cemerlang.

Salah satu perkara yang cukup menarik minat saya ialah cara kita menggunakan minda untuk mencapai apa yang kita hajati. Di dalam buku ini diterangkan panduan dan cara-cara untuk menggunakan minda dengan betul dan mewujudkan keajaiban. Apa sahaja impian kita pasti akan tercapai dengan mempraktikkan kaedah-kaedah yang diberikan. Memang menarik.

Semua orang bujang patut memiliki buku ini untuk kehidupan yang lebih baik.

Biodata Penulis
Mimi Salleh dilahirkan pada 29 Julai 1974. Anak sulung dari lima beradik ini merupakan graduan jurusan Pengurusan Perniagaan dari Institut Teknologi Mara dan Illinois State University serta graduan Sarjana di dalam bidang Komunikasi Korporat, di Universiti Putra Malaysia.

Menguruskan perniagaan keluarga adalah tanggungjawab yang dibuat atas pilihannya sendiri. Beliau juga merupakan pengarah syarikatnya sendiri. Mimi Salleh memperkenalkan beberapa konsep baru seperti Bujang OK, Bujang Kesepian dan Bahasa Personaliti Orang Bujang.

Beliau yang sering dijemput untuk memberi ceramah di sekolah dan universiti masih menulis di dalam ruangannya sendiri di majalah PESONA. Buku-buku yang ditulis berbentuk ilmiah dan ditulis di dalam bahasa yang mudah dan bersahaja. Buku Bujang OK dan Bujang OK, Sure Kaya! bertujuan memperjelaskan kepada umum hakikat sebenar menjadi orang bujang di zaman milenium ini dan memberi alternatif untuk orang bujang memilih cara hidup yang lebih cemerlang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...